Kengkawan Saya

Sunday, September 26, 2010

Setahun sudah berlalu


Setahun yang lalu pagi-pagi raya saya dah ada kat hospital. Beraya kat hospital. Tahun ni Alhamdulillah dah pelbagai keletah Maisarah dapat tengok macam mimpi jer.......

Sedar tak sedar dah lebih sikit dari setahun berlalu saya menyusukan Maisarah. Alhamdulillah masih terus tabah dan gembira menyususkan si permata hati saya ini.
Sekarang pun dah tak buat stok sebab 'direct feeding'. SAHM lah katakan hehehehe......... stok2 yang ada aritu dah buat dadih separuh tapi dua beradik tu tak nak makan... sudahnya terpaksa dibuang.. ni ada sikit lagi stok yang tinggal adehhhhh sayangnya :( Botol dan plastik extra bagi kat angah sebab angah pun on d way tu (hehe bestnya nak jadi mak sedara) Semoga angah pun sama-sama berjaya menyusukan bakal anak sedara saya tu ;))

Setiap kali jumpa bakal ibu atau ibu yang ada anak kecil dan bila menyentuh bab susu nih saya memang sentiasa eksaited cerita pasal BF tapi dalam pada masa yang sama cuba untuk mengawal eksaited takut orang meluat lak hehehehe... Buat angah pesanan demi pesanan saya asik membebel agar impian tak terhenti di tengah jalan. Ibu menyusu perlu kuat. Hanya merekayang mengharunginya akan memahami. Jangan putus asa. Tetapkan hati pasti berjaya.....

Oh lupa nak cerita Berat Sarah pada usia setahun 7.45kg aja.. dekat ngan garisan kuning. Masa umur dia 10 bulan berat Sarah dah garisan kuning. Tapi saya tenang sebab alhamdulillah dia jarang sakit, cergas, buang air kecil dan air besar seperti biasa dan perkembangannya juga normal. Dah banyak yang dia faham bila kita cakap dan paling suka berjoget hehehehe sebab aku suka baca buku cerita, menyanyi, menari dengan anak-anak.

"mummy tak pandai kemas sebab tu Adik Ngah tolong nih"

Sarah berjalan lebih kurang dalam 10 bulan seperti Habib juga. Tapi ramai yang kata Sarah lebih lasak daripada Habib hehehe... Tak taulah bercakap umur berapa sebab belum pandai lagi. Habib lebih kurang umur 2 tahun baru pandai bercakap hehehe.

Kene cucuk setahun dia tak menangis atau menjerit. Misi ada cakap kalau demam mungkin selepas satu minggu. Harap-harap Sarah tak demam ;)

oleh sebab malam nih tak bleh tido dah sampai 2 n3 lah plak..... drag kat bawah ye untuk n3 sebelum ini hehehe

Maaf Zahir Batin pada semua

Perlukah Masalah Rumahtangga Diceritakan Pada Orang Lain

Amacam seram tak tajuk n3 nih? hahahahah... tetiba lak dpt idea... sebenarnya byk idea tapi bila nk tulis jer jadi blank.Tajuk nih pun paksa gak suh tulis wala udah tetiba blank... takpe-takpe tulis jer kan nanti mesti jadi... cewahhhh

"nak citer tak nak, nak citer tak nak". Rasanya inilah dilema pasangan berkahwin yang dilanda masalah. Nak cerita takut membuka aib di dada. Kalau tak cerita kang diri menanggung sengsara, beban, sakit perit. Hmmm takut pula nanti sampai penyakit yang tak sepatutnya sampai hmmmmmmmmm. Pada pendapat saya carilah seseorang, sesuatu medium perantara atau apa sahaja yang terbaik untuk meluahkan perasan dan masalah. Mungkin bila berlaku sesuatu masalah bukan segalanya boleh kita ceritakan pada pasangan kita. Mungkin kalau diceritakan atau diluahkan akan menjadikan masalah itu lebih kusut. Tapi perlu juga diingat supaya perkara yang diluahkan itu dapat diluahkan pada / kepada yang dipercayai sahaja. Jangan pula dijaja kepada semua orang atau semua tempat sebab dibimbangi akan lebih mendatangkan fitnah dan prasangka lebih buruk. Kadang-kadang ianya boleh menghentam kita semula daripada memberi buah fikiran yang baik.

Tapi mereka yang betul tabah dan gagah perkasa dan rasa "urggghhh saya mampu menanggungnya" memang saya 'salute' lah perghhhhh tabah betul

walau apa pun pilihan terletak pada diri kita sendiri :)