Kengkawan Saya

Monday, April 19, 2010

Cloth Pad 01




Semenjak ber CD hatiku dah terbuka untuk berCP. Sebabnya Mama Patch wat sale gila2. Apalagi rembat sebelum kehabisan kan. Hasilnya tara

3pcs pantyliner

Kiri; regular cloth pad - flannel

Kanan; regular cloth pad - fleece

1st Impression;
1) sangat chantekkkkkkkkk
2) ku memang suka fleece - tp beli satu jer sbb mahai hehehe

Pengalaman pertama menggunakan modern cloth pantyliner
1) tiada perasaan - maksudnya cam tak pakai ajer sebab kain kan - perasaan cam biasa je lah, tidak mengganggu maksudku.
2) aku bukan jenis berpantyliner jadi memang suka lah kan. sebab tak payah nak 'bekerja ngan gam/pelekat dibawah liner kan' - penggunaan snap button
3) Tiada apa nak dibuang dalam tong sampah. Kalau tak pelekat n 'envelope liner" tu nak kene buang. pas dah guna pun liner nak dibuang. Jadi tiada sampah kan. thumbs up
4) suka kalau pegi jalan2 or di pejabat tak perlu bawa ekstra liner sebab bleh guna yang sama cuma terbalik kan aja dan snap. selesai

Cadangan;
1) Ku suka kalau liner nih dipanjangkan dalam 2 inci gitu hehehe


Oleh sebab bendera merah belum datang. Jadi cloth pad itu sebagai simpanan hehehe. Persediaan sebab mamapatch kan baru first time buat offer lepas nih belum tau bila kan kan. Lebih baik rembat cepat2 sebelum terlepas. Tapi kengkawan itu sale sudah tarak ya. harap maklum. Nampaknya lambat lagilah nak review 'pad' nya itu

mari kita berusaha ke arah menyelamatkan bumi. im not perfect but i'm trying.......

pst; product cloth pad akan ada di e-store kami... tunguuuuuuuuuu dalam sehari dua nih akan diwar2kan

Saturday, April 10, 2010

Potong Kuku

Inilah catatan peribadiku untuk ku kenang. Ewahhh cam bagus jer... Takperlah ini untuk dijadikan ingatan ku di masa depan

Dah lama betull ku dok perati kuku atukk.. sikit nyer lama. Terpikir gak, takde sesaper ke nak volunteer potongkan. Sampailan malam nih ku terus cakap kat atuk "Tuk, meh saya potongkan kuku atuk ya" Atuk cakap"tak yahlah, atuk kencing manis kang luka" lebih kurang gitulah. Ooooo dalam hati 'patutlah takde saper potong, rupanya atuk takut'. Pastu ku cakaplah "takper saya potong tak kene daging. Kalau sakit atuk cakap ya" Pastu dia redha jer aku potong.. hehehe misi berjaya. sarah bagi en Nuar pegang, misi pun bermula. Nenek bawa bubur atuk terkejut tengok aku potong kuku atuk. "Ooooo Za boleh engkau potong kuku atuk ya. Orang lain tak dapat tu." Patutlah atuk takut potong kuku rupanya ada daging2 atuk yang melekat ngan kuku sekali. Tu yang atuk takut sangat. Alhamdulillah, kaki ngan tangan setel... Aku bagitau atuk dan nenek, "Nanti tiap2 minggu saya datang potong kuku atuk ya"

Sebenarnya atuk en Nuar nih sekarang dah semakin uzur. Macam2 sakit.... Nak tulis pun panjang sangat. Cukuplah sekadar ini aje yang termampu aku buat untuk atuk.

Jangan sangka apa2, bukan untuk menunjuk aku bagus. Sekadar aku nak jadikan ini kenangan peribadi ku sahaja :)

Saturday, April 3, 2010

Anak Menyusahkan

Mesti sentap hati ibu2 yang tegar bersama keluarga dan anak2...... rileks ok.....

Sebenarnya aku pernah ditanya soalan nih oleh seorang rakanku"Kak, bila anak start tidak menyusahkan?" urghhh memang sentap beb dengar. Ok jom aku cerita tentang aku

Saat aku tengah tulis post nih pun anak2 ada di sekitarku. Sarah yang sejak dah pakar merangkak nih (baru dalam seminggu pakar pun) dah sibuk nak memanjat. Dah berapa kali dah terbalik ke belakang. Saat ini juga akoo tengah tunggu bubur Sarah sejuk sikit sebelum blender. Sebab hari nih cuti aku buat resepi baru sikit bubur nasi + brokoli. Nanti ku update dia makan ke tidak. Pagi tadi bubur/puree lobak merah + brokoli huhu laju si kecik nih makan, pastu gombeng susu dan zzzzzzzz alhamdulillah. tu pagi tadi. Habib Plak tengah main2 ngan raket yang mama dia beli dan kekadang main dengan adik juga. Kadang2 sampai jadi tarzanlah nak suruh dia layan adik dia. Orang dah besar kan jadi suka main cara dia lah... errrrrrr dah melalut jauh nih..........

Jom sambung cerita anak tu menyusahkan ke????? Aku rasa seperti mustahil jika ada ibu bapa yang cakap TAK PENAT LANGSUNG jaga anak nih. Hmmmm atau mungkin mereka mempunyai pembantu yang sehingga punya banyak masa untuk diri sendiri. Aku mengaku adakalanya memang penat walhal memang selalu penat. TAPI, semua tu terubat apabila melihat anak2 di depan mata sihat, gembira bermain, sakit juga di depan mata. Bertambah gembira bila mereka menyusu dari tubuhku... uhhhhhhhh nikmat yang hanya Allah mengetahui. Nikmat yang ku doakan tidak pernah berakhir. Mungkin ini yang ibu bapa kita rasa sebenarnya.

oops iklan jap... Sarah baru habis makan buburnya... wah selera... sah 'minah sayur' ehehehe

Aku rasa aku lagi susah kalau mereka tidak di depan mata. Bak kata mak masa aku kecik2. "hati asik kat belakang jer..."

Jadi setiap penat lelah tu ada ganjarannya. Aku tak mahu fikirkan yang akan datang.. cukuplah ganjaran di depan mata sekarang ibu yang bahagia, adik2, suami dan anak2. Kesimpulannya anak tidak menyusahkan

Susah atau tidak anak itu kita ibu bapa yang menentukan

salam sayang