Kengkawan Saya

Thursday, January 28, 2010

Apa Jadi Dengan Sarah Pada Ahad Lepas 24/1/10

Pada Siang hari sudah berlatih begini




=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Petang hari selepas akoo mandikan abang long. Taraaaaaaaaaaa

siap sengih2

Lebih comel kalau biarkan CD saja di montotnya (apa raa mummy itu macam pun boleh ka?)

Hiyah hiyah cuba lagi

Wrghhhhhhhhhh it not easy rupanya

tadaaaa kejayaan penuh. Clap2


pastu mummy biar Sarah bergolek2 sampai Sarah terlentang semula kat buai dia. heheh sowiiiiiiiii

pst ; every single move of your baby/ies is the precious moment. Tak kisahlah anak pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sahaja. Everything is precious and sweet

Tuesday, January 26, 2010

Lagi Cerita Kelas Penyusuan Susu Ibu Seremban

Takmo citer panjang2 sebab jom baca kat sini

Memang semua peserta sangat best dengan kesemuanya bersama pengalaman yang berlainan, unik dan seorang mom to be.

antaranya;
= ada yang mahu menyusukan anak angkat. bukan saja mahu kakak nih memang sedang berusaha
= ada ibu yg dengan 'b' surgery, masih mampu susukan anak. Pam S3 dikelek ke hulu ke hilir, sebab beliau sentiasa di Site. Beliau juga ada anak susuan.
= ada ibu yg sentiasa terhalang untuk menyusukan anak. Ini anak k5 beliau tetap tak putus asa untuk cuba beri si kepada anak

ini antara cerita yang sangat terkesan di hati. Kegigihan mereka

dah cam habit, mesti nak tepek gambar mereka

pst: skang mengalami agak kemerosotan susu. stok jan baru ada 4oz kalau tak silap. En Nuar dah risau, suh terus ku beli apa2 milk booster. Baru beli longan kering, kurma merah, susu anmum lacta. Sue, ku cuba petua yang ku baca di blog mu, agak menjadi untuk kali pertama bersungguh2 nih. Nanti terus cuba. Kalau ngam bakal ku abadikan jua di sini. Err agak2 Sue sempat k baca blog ku ini???

Monday, January 25, 2010

Bentuk dan Habib

Habib sekarang dah semakin pandai mewarna. tapi ikut versi dia lah dan warna apa yang dia suka ajer. Skang asik warna spideman sahaja, background nya di biarkan kosong. Yang penting spiderman.

Semalam plak aku sambung aktiviti mengajar bentuk kat Habib. Mummy jadi cikgu, cikgu garang. Bentuk favaorite Habib Pentagon. Asyik2 sebut pentagon aja sambil sambung2 dot2 tu jadi bentuk pentagon. hehehe.

dot2 tu mummy yg buat sendiri. Buruk pun buruklah janji Habib tak komplen wakaka


Buat 'homework' depan mummy tengah lipat kain...


nama dia mesti tulis kat tepi. permintaan 'pelajar'


Sebenarnya baru ajar 5 jenis bentuk aja. Segiempat, Segitiga, Bulat, Pentagaon dan Heksagon. Setiap kali siap mesti cakap "wahh pandainya abang long, good boy" seronok betul. Terus semangat nak buat lagi. Walaupun kekadang bentuk2 tu dah tak sama macam yang sepatutnya tapi semangat mesti diberi.

pst : Terasa 24 jam itu terlalu singkat. Can I be super mommy???

Sunday, January 24, 2010

SANTAI BERILMU - MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA.

INI ADALAH STICKY MODE. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU

Kelab Susu Ibu Seremban ingin menjemput para ibu di sekitar Negeri Sembilan dan negeri - negeri jiran ke program kami yang julung-julung kalinya selepas penubuhan Novermber 2009.

PROGRAM SANTAI BERILMU : MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA
(STRESS MANAGEMENT FOR WOMEN)

BERSAMA DR UMI ADZLIN SILIM
Pakar Psikiatri Hospital Kajang

TARIKH:
24 JANUARI 2009

TEMPAT :
9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG,
NEGERI SEMBILAN

MASA:
9-30 -11-30 PAGI


PENDAFTARAN
RM15.00


ATURCARA :
Ta'aruf
Pengenalan
Perkongsian ilmu bersama Dr Umi.

MAKLUMAT LANJUT:
Dr Faridah Idris
019-6548073
myzulfa@gmail.com

ACARA SAMPINGAN:
sewaan bahan bacaan - berkaitan penyusuan susu ibu, keibubapaan,islam dan lain-lain
Jualan Produk HPA
Jualan keju Halal Buatan Malaysia Tja Cheez.



Jamuan ringan (kuih) akan disediakan.Hidangan potluck sangat dialu-alukan. Harap dapat menghubungi saya sekiranya sedia untuk membawa makanan.

Program akan diadakan secara santai dan relaks dan para ibu boleh membawa bayi masing-masing.

Para ibu menyusu yang ingin khidmat nasihat berkaitan penyusuan juga dialu-dialukan untuk turut serta kerana perbincangan tidak diadakan secara formal.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

PERKONGSIAN ILMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR DENGAN KOS YANG MINIMA

TEMPAT TERHAD.

pst ; mengalukan kepada mereka yang tinggal berhampiran. Semoga ilmu ini dapat kita kongsikan bersama. InsyaAllah tiada aral saya juga ingin turut serta

Tuesday, January 19, 2010

Kenapa Aku Memilih Susu Ibu

See bukan anak2 yang pilih tapi mak budak yang hover.. Bukan hover yer tapi apalah yang anak boleh buat masa memula tengok dunia. Sah2 lah kita ibu bapa yang mencorakkan untuk usia2 di awal kelahiran sehinggalah mereka boleh membuat pilihan sendiri. Ok balik pada tajuk. Kenapa dan mengapa lah aku sangat 'hover' bab2 susu ibu;

1) Aku dah merasa betapa peritnya nak berpisah 'twin B' dan Habib dulu. Kesalan yang tak pernah padam. Sangat mendalam kesannya. Tapi aku mesti positif, jadikan pengajaran dan jangan menoleh ke belakang lagi

2) Aku mula sedar susu itu adalah HAK. Hak siapa? Hak anak kita. Setiap kali teringat aku mula tengok muka Habib dan berkata dalam hati "Habib, maafkan mummy kerana tidak menyempurnakan hak itu"

3) Setiap kali anak menghisap susu itu setiap kali hatiku berbunga2, gembira, terasa sangat rapat, rasa dan sekali lagi kesalan terhadap Habib dulu datang. urggghhhhhh "maafkan mummy sayang" Ku usap2 kepala Habib dan berbisik "Kasih mummy tak pernah berubah dan sama sahaja untuk kamu semua"

4) Setiap wanita dikurniakan kebolehan menyusui anak mereka. Jadi, aku dah SET dlm hati dan fikiran AKU BOLEH. Tiada siapa dapat menyangkal kebolehan ini, jadi gunakanlah sepenuhnya. Kebolehan ini pun bukan sepanjang masa. Rebutlah semasa ia masih ada

5) Sudah pasti susu ibu yang terbaik, penuh khasiat sehingga masih ada khasiat yang tidak terungkai oleh para saintis. Kalau susu formula mereka terpaksa menambah bahan untuk menambahkan khasiat dan mostly itu adalah bahan kimia.

6) Aku bangga kerana mampu menyusukan anak. Berharap semoga pengalaman ku dapat menjadi motivasi kepada mereka di luar sana.

Apa yang ku rumuskan di sini SUSU IBU LEBIH KEPADA HUBUNGAN EMOSI. Dari situlah datangnya keterbukaan dan kesungguhan untuk mengkaji dan mengaplikasikan penyusuan itu

Mummy sayang kamu

ros Good luck to me and all mommies and mom to be ros

Monday, January 18, 2010

Sarah Gelak2

Sekarang Sarah dah suka gelak2. Nak2 kalau tengok muka akoo. Agaknya ada cop clown kot. Hehe skang dah pandai kalau orang agah dan buat lawak ngan dia. Lawak apa akoo buat? Aku jalan depan dier cam unta k, kekadang terkinja2 melompat, berjoget2 depan dia. Suma pun dia gelak hahahaha...... Dia dah faham mummy dia buat lawat "pandai" ni. Susah nak snap gambar dia tengah gelak sebab bila tengok aku nak snap jer terus muka dia buat dekkkkkkkkk Ini gambar2 atas usaha en Nuar... Nak tengok bukti aku terkinja2 dan Sarah gelak???
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mintak maaf lah yer.. sebab amat tidak sopan.. hanya untuk tontonan peminat setia ku Habib dan Sarah..


Last but not least senyum manissssss

psst ; Maisarah dan Habibullah masa kecik memang banyak air liur.. Tengoklah gambar2 tu habis basah baju2 nya. Memang kebanyakan masa Sarah adalah ber'BIB' sahaja. Rambut ku gumpal2 gugur. Orang tua2 cakap ada benda yang tak dapat tapi rasanya semua pun aku dapat. Memang sah itu hanya kata2 bidalan orang dulu2 agaknya. Anda Rasa?

Thursday, January 14, 2010

Ring Sling di Lumut Jetty

RS memang ku bawa ke mana2 bersama2 stroller. MIL sangat risau cucunya lemas, kaki pengkar n panas duduk dalam RS nih. Tapi, Sarah dah duduk sejak hari k2 lahir. Lagipun kita akan rasa yakin sebab anak sentiasa berada rapat dengan kita. BF poon tak susah. 3 gaya yang sudah ku praktikkan

Kangaroo


Tummy to Tummy
kaki terkeluar



Cradle
senang untuk BF anywhere, everywhere

Wednesday, January 13, 2010

Pam Selepas Menyusukan Bayi

Ku mahu memberi semangat kepada ibu2 yang semua ibu2 yang menyusukan anak mereka. Sebelum ini ku hanya membaca tentang "pam selepas menyusui bayi" / "pump after bf". Ku telah melakukannya dan berharap anda di luar sana juga. Jangan putus asa dalam bf. Jangan mengalah, teruskan menyusu dan pamlah selepas anak anda menyusu. Walau sedikit sahaja yang keluar tidak mengapa. Paling penting otak akan mendapat signal Twin B yang kosong dan perlu diisi semula. Masa mula2 bekerja dulu ku pulun 4x pam di pejabat. Hasilnya setiap 2 jam Twin B penuh. Alhamdulillah, tapi hanya beberapa hari mampu buat sebab kerja dah mula banyak jadi tak sempat lagi. Tapi ku bersyukur dengan apa yang ada.

Semua botol yang sedikit hasilnya tu adalah hasil daripada B yang sebelumnya Maisarah sudah minum. Sebelah lagi yang lebih banyak adalah hasil daripada B yang Maisarah belum minum. Jadi lepas BF ku pam


Semua gambar di atas adalah pada masa dan tarikh yang berlainan. Yang sama cuma lokasi ; home sweet home ;)

Ini hasil 4/1/10 kalau tak silap (maaf kalau silap) tak sampai 1oz pun untuk both B. Kutahu sebabnya, terlalu penat sebab tu macam tu. Ku buat2 happy dan tak fikirkan sangat.. sedikit demi sedikit hasil tu meningkat. Yang penting kuatkan semangat. Dan di sinilah antara sebab kenapa perlunya Frozen EBM (FEBM) kita simpan dan kumpul.
Secara ringkasnya jadual PAM di pejabat
8/9 am = 1x
12/1 pm =1x
5/6 pm =1x

kalau kurang drpd 3x bermakna ada aral yang melintang

sebagai panduan kepada kengkawan

pst; Tiada kejayaan tanpa usaha. Think positive. Jangan malu. Kuatkan semangat. Bersama kita harungi perjuangan ini

Tuesday, January 12, 2010

Kasih Abang

Tetiba ternampak Habib buat ini. Cepat2 ku ambik camera n snap2......

lihatlah betapa tekunnya

Cuba buat Cd ni lak

Jerit sebab tak insert tu tak masuk2Pastu pujuk2 Habib "buat pelan2 tengok lubang dia kat mana"

Tadaa inilah hasil kerja abang long aka Habib untuk adik ngah tercinta

Jadi ada sesiapa nak kata lampin kain moden itu leceh dan susah.... tengok lom sampai umur 4 tahun poon boleh buat haha. Walau senget benget n tak berapa betul tapi effort tu yang penting. Terus dapat "good boy abang long"