1) Aku dah merasa betapa peritnya nak berpisah 'twin B' dan Habib dulu. Kesalan yang tak pernah padam. Sangat mendalam kesannya. Tapi aku mesti positif, jadikan pengajaran dan jangan menoleh ke belakang lagi
2) Aku mula sedar susu itu adalah HAK. Hak siapa? Hak anak kita. Setiap kali teringat aku mula tengok muka Habib dan berkata dalam hati "Habib, maafkan mummy kerana tidak menyempurnakan hak itu"
3) Setiap kali anak menghisap susu itu setiap kali hatiku berbunga2, gembira, terasa sangat rapat, rasa dan sekali lagi kesalan terhadap Habib dulu datang. urggghhhhhh "maafkan mummy sayang" Ku usap2 kepala Habib dan berbisik "Kasih mummy tak pernah berubah dan sama sahaja untuk kamu semua"
4) Setiap wanita dikurniakan kebolehan menyusui anak mereka. Jadi, aku dah SET dlm hati dan fikiran AKU BOLEH. Tiada siapa dapat menyangkal kebolehan ini, jadi gunakanlah sepenuhnya. Kebolehan ini pun bukan sepanjang masa. Rebutlah semasa ia masih ada
5) Sudah pasti susu ibu yang terbaik, penuh khasiat sehingga masih ada khasiat yang tidak terungkai oleh para saintis. Kalau susu formula mereka terpaksa menambah bahan untuk menambahkan khasiat dan mostly itu adalah bahan kimia.
6) Aku bangga kerana mampu menyusukan anak. Berharap semoga pengalaman ku dapat menjadi motivasi kepada mereka di luar sana.
Apa yang ku rumuskan di sini SUSU IBU LEBIH KEPADA HUBUNGAN EMOSI. Dari situlah datangnya keterbukaan dan kesungguhan untuk mengkaji dan mengaplikasikan penyusuan itu
Good luck to me and all mommies and mom to be
susuibu juga mnadi pilihan bijak saya utk amsyar.. :) mudah2an berjaya menyusukan amsyar sehingga 2 tahun.amin.
ReplyDeleteya ya semoga kita sama2 beroleh kejayaan dan keberkatan
ReplyDelete