Kengkawan Saya

Sunday, September 26, 2010

Perlukah Masalah Rumahtangga Diceritakan Pada Orang Lain

Amacam seram tak tajuk n3 nih? hahahahah... tetiba lak dpt idea... sebenarnya byk idea tapi bila nk tulis jer jadi blank.Tajuk nih pun paksa gak suh tulis wala udah tetiba blank... takpe-takpe tulis jer kan nanti mesti jadi... cewahhhh

"nak citer tak nak, nak citer tak nak". Rasanya inilah dilema pasangan berkahwin yang dilanda masalah. Nak cerita takut membuka aib di dada. Kalau tak cerita kang diri menanggung sengsara, beban, sakit perit. Hmmm takut pula nanti sampai penyakit yang tak sepatutnya sampai hmmmmmmmmm. Pada pendapat saya carilah seseorang, sesuatu medium perantara atau apa sahaja yang terbaik untuk meluahkan perasan dan masalah. Mungkin bila berlaku sesuatu masalah bukan segalanya boleh kita ceritakan pada pasangan kita. Mungkin kalau diceritakan atau diluahkan akan menjadikan masalah itu lebih kusut. Tapi perlu juga diingat supaya perkara yang diluahkan itu dapat diluahkan pada / kepada yang dipercayai sahaja. Jangan pula dijaja kepada semua orang atau semua tempat sebab dibimbangi akan lebih mendatangkan fitnah dan prasangka lebih buruk. Kadang-kadang ianya boleh menghentam kita semula daripada memberi buah fikiran yang baik.

Tapi mereka yang betul tabah dan gagah perkasa dan rasa "urggghhh saya mampu menanggungnya" memang saya 'salute' lah perghhhhh tabah betul

walau apa pun pilihan terletak pada diri kita sendiri :)

No comments:

Post a Comment