Kengkawan Saya

Thursday, October 1, 2009

Emak Yang Ku Sayang

Jangan terkejut ya kengkawan. Nih auto-publish sajer.. kenapa pilih tarikh ini untuk tajuk ini? Sebab ini tarikh due for 2nd bb nih... dan khas ditujukan buat mak dalam mengenang pengorbanan mak selama ini. Tak terbalas ku poon x pasti adakah terawal or terawal bb nih lahir coz klu ikut tarikh period due jatuh pada 21 September 2009. Apa2 poon kene tunggu bler ku sudah abis cuti hehe

Kenapa Mak Saya Adalah Idola Saya

ros Masa arwah abah sakit mak baru berusia 26 tahun dan adik pula dlm 2thn++. Mak menjaga abah dengan penuh kasih sayang sehingga abah meninggal dunia semasa akoo dalam tingkatan 1 (Kak Long Dayah (yaya) ingat lagi x masa kt bilik guru kt smps dulu?)

ros Emak tabah menghadapi cemuhan, cacian orang sekeliling dan mereka yang berhati cabang semasa menjaga abah.

ros Emak sempat bekerja di ladang koko dan buat nasi lemak serta kacang goreng dlm bungkusan2 kecil semasa abah boleh berjalan sekejap (menggunakan tongkat), untuk menambah pendapatan

ros Emak sanggup tidak berkahwin sehingga akoo melahirkan Habib dan kami adik beradik sudah dewasa barulah betul2 hati mak terbuka untuk berkahwin lagi. Alhamdulillah pada perkiraan akoo mak bahagia sekarang, mungkin berkat mak yang tabah, Allah menghadiahkan mak suami yang mampu menjaga mak insyaAllah dunia akhirat

ros Walau abah sakit dan kami tidak kaya/mewah masih ada orang yg lebih susah dari kami dan mak masih mampu membantu setakat termampu. Bayangkan mereka adik beradik mkn kelapa yg mereka panjat untuk menahan lapar dan kadang2 mereka minum air sejuk sahaja.

ros Emak bukan jenis yang mengharap duit anak2. Maksud akoo mak tidak akan meminta pd anak setiap bulan atau poon semasa dier susah. Walau mungkin terdetik di dalam hatinya (wallahualam). Malah kalau mak dengar anak2 susah mak akan berusaha sungguh2 untuk membantu. Aduhai Emak...........

ros Emak tidak akan membeza2kan anaknya. Contoh ; angah bg mak duit rm.... aok nih ntahlah.... atau adik mak bagi/beli nih aok xyah lah yer. Mak bukan begitu. Apa yang mak ada akan diberi sama rata baik kasih sayang atau perkara lain cuma dalam pelbagai cara. Tapi pada akoo ianya tetap mempunyai makna yang sama

ros Sejak kecik mak akan usaha menunaikan permintaan kami adk beradik dgn cara yg berbeza tetapi hampir sama. contohnya; kitaorg mmg teringin sangat mainan 'playdough', mak akan gantikan dengan membeli tanah liat yang berwarna-warni untuk kami. 'playdough' kan berasaskan tanah liat.

Akoo tau di luar sana ramai ibu2 yang hebat2. Akoo bukan nak menunjuk2 sangat tetapi biarlah tulisan ini menjadi kenang-kenangan dan motivasi kepada akoo di kemudian hari.

psst; Tambahlah perisa. Nanti bleh ku baca heheh. Jom Kongsi2 pengalaman anda juga. Ngah sambung klu ada yg akoo luper