Kengkawan Saya

Wednesday, October 27, 2010

Ruam Lampin Moden


Ewah n3 tak hengat....

Kata ber lampin moden aka cloth diaper aka CD ak beruam abis tu camner nih? Tipu k?
Oh tidak, sesungguhnya tidak menipu. Anak yang alah kepada bahan kimia yang berada di dalam lampin pakai buang, lampin kain moden adalah jawapannya :).

Apa sebab anak masih beruam walau sudah berCD;

1) Kulit terlalu sensitif. Apa jenis lampin pun tetap akan beruam.
Sila jumpa doktor ya

2) Kulit anak tak sesuai dengan fabrik yang digunakan. Ada anak yang alah dengan microfiber, fleece, suede
Bertukarlah kepada fabrik semulajadi kain kapas(cotton), hemp atau buluh(bamboo)

3) Terlalu lama memakai lampin yang sama
Maisarah selepas 6 bulan tak boleh pakai Cd lebih daripada 4 jam walaupun tak penuh / masih kering. Kecuali material semulajadi aka bamboo bleh pakai sehingga 6-8 jam selagi permukaannya kering

4) Memakai lampin yang sama walaupun dah penuh / basah / bocor
Pendedahan terhadap air kencing memang menyebabkan ruam. Air kencing kan sisa kumuhan badan :)

5) Getah sekeliling lampin bergesel secara terus menerus pada kulit anak.
Ini kes cuaca agak panas dan Sarah tengah melasak ;)

Apa yang aku buat apabila Maisarah kena ruam lampin. Sarah akan beruam apabila kriteria 3-5 terjadi. Kriteria 1-2 tiada pada Sarah apa material pun dia ok ;

1) kerapkan tukar lampin, 2-3 jam sekali
2) sebaiknya setiap kali tukar basuh/lap dengan air bersih
3) lap kering dan biarkan untuk pengudaraan lebih kurang 30 saat atau lebih. opps jangan lupa alas dengan Cd/tikar getah bayi takut kang satu rumah basah ;)

biasanya akan mengambil masa 2-3 hari untuk pulih semula :) Jika berlarutan jumpa doktor. Ini adalah kaedah saya sebab saya lebih suka kurangkan penggunaan ubat :)


Di atas dirujuk untuk kes air kencing. Kalau poo poo / buang air besar lampin perlu ditukar serta merta :)

Ini kisah setelah setahun ber CD :)
Nak ber CD jom pilih di SINI
* SALE 27-31 Oktober only*

errr apsal nk tukar kaler kat font xleh erk??

PALING PENTING TIADA PENCEMARAN BAHAN KIMIA SECARATERUS KEPADA KULIT BAYI. anak anda, anda yang tentukannya :)

Giveaway : Baby In Style


Jom join Giveaway ini... anak sedara bleh, adik bleh jom2...........
Best nihjom kita tepek gambar si kecil yang suka bergaya dan memang bergaya jom kengkawan

kat mana nak sertai Meh KLIK SINI



Mudah saja anda hanya perlu:
Buat satu entri bertitle Giveaway : Baby In Style. DONE
Tepek gamba baby anda bergaya sakan pada entri tersebut. DONE
Tolong hebahkan contest ini (spread the news - terpulanglah nak buat macam mana)
oh saya ,saya TAG SEMUA FOLLOWER untuk join contest ini :)

Tinggalkan link entri/blog anda pada bahagian feedbacks saya supaya I boleh tengok menjengah. DONE
Extra credit untuk mereka yang linkkan blog ini atau pun menjadi follower (tak wajib, I tak suka memaksa) DONE

Syarat-syarat penyertaan:
Baby berusia 1 hari - 24 bulan saja. Nama Baby : Maisarah Anuar & Umur : 13 bulan
Tak wajib warganegara tetapi mesti menetap di Malaysia. Saya Rakyat Malaysia :)
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 October 2010

Hadiah:
Hadiah Utama - Handbag Classic Hobo LesportSac
Hadiah Saguhati - Rahsia (Only applies if sambutan menggalakkan, lebih dari 10 penyertaan)
Notes:
Baby mesti bergaya, lagi over lagi bagus tapi jangan sampai serabut.
Ibu atau sesiapa saja boleh interframe, tak semestinya gamba baby seorang tetapi focus mesti pada baby occay, jangan orang lain pula yang over.
Kalau nampak from head to toe lagi bagus.
Pemenang akan dinilai berdasarkan efforts, kelucuan/kecomelan baby anda. Semua baby adalah comel.
Selamat mencuba. Cepat-cepat jangan malu-malu. Nampak macam serious pasal ada orang komen cakap I type macam guru besar tapi actually tak serious sangat, just nak let go handbag tu kepada kawan-kawan saja. Hoho~

Mari mari mari apa tunggu lagi jom terjah blog WONDER WIFE


Tuesday, October 26, 2010

Anak Kita

Tengok n3 cam akoo nak ajar orang camner nak didik anak. Oh tidak ya kawan2 sebab saya sendiri pun masih belajar dan tidak sempurna langsung

Orang kata, anak kita kitalah pencoraknya. Ya betul "ibu bapa adalah model utama anak" dalam mencorak sahsiah meraka. Tetapi dalam mencorak itu pun ada juga sikap anak yang diciptanya sendiri. Contoh di sini, seperti anak suka menyampuk apabila orang tua bercakap. Memang geram kan. Walau dah ditegur berulang kali nanti dia buat lagi. Bukan tak faham tetapi itulah manusia kan sifatnya selalu lupa :) Di sinilah kunci kesabaran ibu bapa.... Anak perlu terus ditegur biar pun beratus kali. Kadang2 naik juga penyepit ketam bila dah geram sangat, janganlah sampai luka cukuplah sekadar dia sedar ibu bapa benar2 serius untuk membetulkan kesilapan mereka. Cerita pasal membetulkan sikap anak teringat pulak Habib semalam... Tiba2

Habib cakap "mummy, betulkanlah habib"
aku "haaaa.... nak betulkan apa Habib tak buat nakal pun".

Sampai dia menangis lak suruh aku 'betulkan' dia (marah/tegur kesalahan dia lah maksudnya tu).

Bercakap tentang "kesabaran" mendidik anak memang senang tapi bukan mudah melaksanakannya. Betapa besar pengorbanan kedua ibu bapa kita dahulu

Semoga kita sama2 sentiasa bersabar dan terus tekun dalam mendidik anak2. Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan berikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah