Kengkawan Saya

Thursday, December 31, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

(Sticky Mode until 131 December 2009)

Lamanya tak masuk contest. Inilah contest pertama selepas Maternity Leave. Jom Layanzzzz. Jomlah join skali kengkawan
. Gambar nih diambil masa kenduri cukur jambul Maisarah. Memang serius giler muka anak daraku sorang nih tak boleh tahan tengok muka dia masa nih. Amacam ibu rifqi cukup serius tak muka Maisarah nih? hehe

Sempena birthday ibu yang ke 29..teringin plak nak wat contest..harap2 adala yg sudi men'join'kan diri
Syarat2 adalah seperti berikut...

Inilah gambar yang dipertaruhkan

Be my follower and add my blog kat korangnye list.... DONE

Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang… DONE

Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni.. DONE

Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun... DONE. UMUR 40 HARI

Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic sicomel korang dengan wajah yang serius...letak pic yang sangat2 serius je...mesti ada kan...xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan...Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik...DONE

Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang...DONE
Nama : Maisarah Binti Anuar
Tarikh Lahir : 21 September 2009
Umur Sekarang : 2 Bulan ++

Make sure ur entry link back to mine.. DONE. Jomlah ramai2 join, meh klik sini yer untuk menyertai

Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009

Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je.. DONE

HADIAH??
Suprise la...klu bgtau x syok la...
Sudi2 la join k.... sudi-sudi

JUALAN HUJUNG TAHUN DI KEDAI KAMI

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 31 DISEMBER 2009

starJUALAN HUJUNG TAHUN DI http://juallampinmoden.blogspot.com. Jom Singgah. Semua item ada diskaun. Jangan tunggu lagi.star

**Cloth Diaper : Babyland & Coolababy
** Baby tight
** Awet Muda

Istimewa untuk SEMUA FOLLOWER ku di blog ini yang register until 22 Disember 2009 anda boleh dapatkan FREE POST REGISTER with minimum 2 item (boleh campur) sepanjang offer di Kedai Kami berlangsung

starSila Klik sinistar

BBQISTINA GIVEAWAY


STICKY MODE until 31 DECEMBER 09

HAA INI HADIAH UTK KATEGORI KE 2 YE... (OPEN TO ALL)
YG BEST NYER.. PEMENANG BULEY PILIH NAK HADIAH YG MANA SATU.....
CABUTAN AKAN DIBUAT PD 31 DECEMBER 2009...

Ku masuk ini juga. Ku join untuk kategori 2. Ku mahu
ya ya mahu ini utk my EBM. harap2 bleh lah menang

CEPAT... GRAB IT NOW. JGN LEPASKAN PELUANG...

Jom Join contest ini di SINI

Wednesday, December 30, 2009

Susu Ku Kenapa

Malam tadi elektrik takde.... Ku sudah agak2 pening memikirkan susu2 dalam itu peti sejuk. Tawakkal ajalah harap2 cepatlah letrik ada. Dah pikir pagi2 esok nak hantar pegi umah MIL @ GFIL. Harap2 kat tempat beku tu ok. Ku langsung tak buka. Pastu dalam kul 5am kot baru elektrik ada. Pergi tengok frozen EBM alhamdulillah tiada yang cair. Nasiblah sekejap jer black out nya... Scary mak nyahhhhhhh

Pastu pagi2 nih masa en Nuar tolong kemas cooler bag untuk bawa pergi pejabat dia jumpa sebotol EBM. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa dah basiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. rasanya dlm 3oz kot......... Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa camner lah aku boleh tertinggal sebotol masa simpan EBM balik kerja semalam

Maisarah dan CD

Kawanan CD dari 3 brand yang berbeza Lunatots, Crazy Momy, Coolababy, Babyland. Nampaknya Babyland adalah small cutting berbanding brand lain. Sejujurnya ku ada cuma 1pc untuk Lunatots & Crazy Momy. Ku suka semua brand yang ku ada.

Crazy Momy Innernya adalah Suede, ku lagi prefer fleece sebab lebih lembut.

Lunatots saiz ku kira XS, S, M & L. Kenapa begini? Sebab Sarah pakai brand lain semua dilaraskan ke saiz S. Bila ku laraskan CD Lunatots kepada paling kecil ianya menjadi sangat kecil dan ku kira sesuai untuk NB mungkin 2.5kg - 3kg. Jadi ku laras ke butang kedua dan ianya fit untuk Sarah.


Semua CD2 ini meninggalkan bekas di peha Sarah (bukan kesan kekal). Tapi selagi Sarah tak menangis bermaksud ianya tidak menyakitkan, jadi 'no big deal' Ada apa2 brand CD yang tidak meninggalkan kesan di peha?

Ku lebih prefer Button sebab takut bila sarah dah pandai bukak2 nanti dia dok main Velcro tu hehe

Penyerapan insert semua ok buat masa ini. Ku cuma ada microfiber, mungkin perlu cuba bamboo juga. Hmm hmmm...


Koleksi Cd ku sekarang 18pcs. Cukup untuk basuh 3 hari sekali/selang sehari. Tapi lebih banyak CD lebih lambat lusuh kan. Nanti ku belek2 poket masih adakah baki untuk menambah CDencem

Walau apa pilihan anda, pastikan anak dan ibu bapa gembira dan selesalove

Tuesday, December 29, 2009

Di Suatu Pagi Sebelum Subuh

Weekend hari tu adalah hari terakhir Maisarah Nebulizer (itupun bila tengok dia susah bernafas) kat sebuah klinik swasta. Dalam jam 2am macam tu. Malam tu dah lah ku telan ubat batuk dan aku adalah sangat lalok.... Tengah Nebulizer pun aku boleh terlelap (aku pegang Sarah, en Nuar yang bagi gas)Seperti biasa selepas proses tu siap mesti dr akan cek lagi dada Sarah. Sampailah ketika dr bertanyakan soalan ;

Dr : Ada bagi minum air masak tak?
Aku : takde sebab dia susu badan
Dr : Kena bagi air masak sebab susu tu likat. Nanti susah nak ajar dia minum air masak. Nanti awak bagi ya
Aku dan en Nuar : diammmmmmm (dalam hati aku ; apa lak nih)

En Nuar pun diam. Sampai hari ni takde pulak en Nuar suruh aku bagi air masak kat Sarah. Pendapat akulah Dr itu takde ilmu yang cukup pasal penyususan susu ibu (aku pun masih terus belajar). Aku malas nak jawab apa2 sebab pertama; aku sangat lalok dan mamai tapi masih jelas kedengaran kat telinga aku apa dr cakap, kedua; malas nak bising2 sebab dia rawat anak aku kang dia tak layan kitaorang lagi susah lah plak.

Jelas sangat FM dan BM itu berbeza. FM memang lebih likat berbanding BM (sebab tu BM mudah hadam kan dan bayi yang FM mesti diberi air masak) BM yang mula2 keluar semasa bayi menghisap adalah air yang sangat perlu untuk badannya dan setelah itu barulah susu yang lebih pekat keluar dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral untuk tumbesaran bayi/anak. Hmmmm jadi di mana rasionalnya harus diberi air masak untuk anak yang minum BM. Kalau diberi air masak akan flush out kan semua kebaikan BM. Kaunselor laktasi / Pro BF sila betulkan saya jika terdapat di mana2 kesilapan

Gambar nih Habib yang 'snap' hehe

Alhamdulillah ku kira sekarang Maisarah dah pulih sepenuhnya tanpa ku beri air masak. encem

Monday, December 28, 2009

Air Longan SEDAPPPPPPP : Mari Banyakkan Susu

Kengkawan jom ku kongsi resepi Air Longan SEDAPPPPPPP. Kenapa sedap, sebab memang sedap. Asal usul resepi nih ku dapat dari NURUL DHIA (Nurul, terima kasih yer) Tetapi, telah ku olah megikut sedap tekak ku ini. Bahan2nya

1) Longan Kering. Kat Giant RM59.9/kg ku beli yang dah siap pek RM3 sajerr...
2) Air Secukup rasa

3) Gula Melaka secukup rasa (orang pahang panggil gula kabung)

Cara2nya;
1) Sila basuh sebersih2nya. Sebab ku jumpa ulat buah tau kat dalamnya
2) Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sesuai
3) Masukkan air secukup rasa
4) Biarkan sampai menggelegak dan kembang
5) Masukkan gula melaka
6) Apabila semuanya dah larut dan longan betul2 kembang tutupkan api. Biarkan sejuk boleh simpan masuk dalam peti ais atau tunggu suam boleh terus minum. Ku suka yang suam2

Selamat Mencuba Air longan SEDAPPPPPPP

Ringkas dan Sedap

ps : Habib pun suka. Minum sama naik jer ngan aku hehe. Lepas nih tak payah beli kat pasar malam dah boleh buat sendiri.

Saturday, December 26, 2009

Cara ku Simpan EBM

Bercerita pasal EBM nih ku nyer EBM bukanlah semeriah ibu2 lain sangat kan. Tapi, alhamdulillah masih cukup untuk Maisarah.

Ini stok harian EBM. Ku susun dari kanan ke kiri. Senang nak ambil oleh ku atau en Nuar bila nak hantar kepada pengasuh. Tapi kena gak belek tarikh kalau sempat. Agak2 dah 5-6 hari cepat2 ku buat stok beku pulak. Biasanya maksimum pun hanya 2 barisan EBM saja kat bahagian atas nih. Di bahagian nih EBM boleh tahan maksimum 7 hari

Ini pulak EBM beku @ Frozen EBM. Lupa nak kira berapa.. sebenarnya malas nak kira hahaha Sebenarnya ku ada perasaan takut nak buat banyak2 sangat. Takut kalau black out.. sayangnya.....
Stok November 2009. Sangat sikit sebab beberapa hari sebelum keje baru ku mula buat stok. Dah pakai 2 botol sebabnya botol bumblebee tu ku nak guna sayang klu biar beku sekali hahaha. Ada sebotol lagi kat situ minggu depan akan ku guna.

Stok Bulan 12 sehingga 22 Disember 09. Masih sedang berusaha menambah stok



Inilah Ice pack yang ku guna sekarang. Cukup untuk sampai balik ke rumah. Start semalam, ku langsung tak simpan EBM dalam peti sejuk opis ebab Ice pack tu masih cukup 7.30 am - 6.30 pm = estimate. Kalau cuaca terlalu panas peti sejuk diperlukan at least for first 4 hours, pastu baru boleh letak dalam cooler bag bersama triplet ice pack ini

EBM on the go... biasanya maksimum ku letak 6 botol. Setiap botol isipadunya tak sama. Biasanya ku tanya pada pengasuh kalau masih ada baki susu yang belum guna. EBM Sarah memang tumpang peti ais rumah pengasuh. Alhamdulillah pengasuh anak2 ku sangat support ku BF Sarah dan belum merungut apa2 tentang EBM (harap2nya tiadalah Amin)


ps: ku pujuk2 Habib join Maisarah kengkonon nak tanderm nursing tapi dia tak mau. Habib cakap tu Habib punya masa baby. Maksudnya skang dia dah besar lah kan hehe

Friday, December 25, 2009

Oooo My Twin B Luka

Di hari2 awal kelahiran Sarah ku mengalami puting luka... Mungkin sebab baby suck kuat untuk dapatkan susu. Almaklumlah susu ku tak terus keluar, kolustrum pun ku perasan keluar masa tu dah petang (ceritanya di sini)Uishhh sakit wooooooo. Memula ku guna ini

Pastu masalah tak selesai. Sakitnya tetap sama bila Sarah hisap susu. Satu lagi rasa tak best sebab anak akan rasa plastik tu dulu.


Pastu ku kerah en Nuar pegi farmasi cari krim plak. En Nuar bawa balik iniAlhamdulillah lebih kurang 3 hari ianya pulih sepenuhnya. Kebaikannya bayi boleh terus hisap susu tanpa membersihkan nipple terlebih dahulu. Memang selamat untuk bayi. Untuk keterangan lebih lanjut boleh baca di manualnya. Bau pun bau koko yang wangi. Krim nih boleh dapat kat mana2 farmasi. Jelaskan nama krimnya. Harga RM24.90


Happy Breastfeedinglove

Thursday, December 24, 2009

Geramnyaaaaaaaa

Tengok abang long nak cubit2 pipi adik ngah. tengok siap angkat kaki dan ketap bibir. Siap kembang hidung tu

Ha gerammmmmmmmmnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pastu dah malam habis sarung tangan dan kaki adik ngah abang long cabut. Mengaku dia buat sambil muka sengih2 nakal.. eeeeee Adik ngah muka REDHA jerrrr

Ha ada sesiapa nak salahkan aku kalau aku asik jadi 'TARZAN' (bak kata sue diyaluna) dan jadi 'KETAM'. Ada sesaper nak jawab???

ps: Anak2 sangat menguji kesabaran dan keimanan. Good luck mommies

Wednesday, December 23, 2009

Masak Apa Tu???

Kredit to En Nuar sebab makan malam tadi semua dia yang masak huhu.. Lama sungguh tak rasa en Nuar masak. Pastu bukan disuruh pun dia sendiri yang terus ke dapur dan buat A-Z. Nak tau apa yang dimasak, jom layan...

Bukti bukan aku yang masak


Alaa bukan masak gempak2 poon. Cuma masakan biasa aja... Ayam masak sos, goreng ikan masin, goreng lobak berkuah dan masak nasi lah kan. Sang isteri hanya memberi arahan seperti 'pasni masuk ni, pastu masuk tu plak, air masak nasi n bla bla bla..' sambil mengenjut buai anakanda Maisarah.
Ikan kering terlebih garing hehe

Masa ku tengah snap2 jadi penyibuk en Nuar cakap "ha, tu mesti nak letak dalam blog lah tu"

Inilah plak aktiviti selepas makan dan en Nuar sudah pegi kerja semula

Maisarah langsung taknak letak malam tadi. Meh ku letak dia di dalam RS ini. Nak panggil gaya apa pun tak tau. Yang penting mummy n Sarah selesa. Sarah tak suka kalau muka dia tak boleh pandang keliling dan dia tak boleh gerak2 tu lah ku cuba gini lah plak..
Habibullah untuk pertama kalinya depan mataku duduk atas coffee table nih. Pastu sibuk suruh ku ambil gambar Sampul surat tu (sampul CD yang ku dapat semalam)



Lihat betapa kurusnya bujang ku ini. (Kak Mard, sekarang nih kalau nak cubit pipi pun dah tak best sebab dah tak tembam macam dulu)