Kengkawan Saya

Saturday, December 26, 2009

Cara ku Simpan EBM

Bercerita pasal EBM nih ku nyer EBM bukanlah semeriah ibu2 lain sangat kan. Tapi, alhamdulillah masih cukup untuk Maisarah.

Ini stok harian EBM. Ku susun dari kanan ke kiri. Senang nak ambil oleh ku atau en Nuar bila nak hantar kepada pengasuh. Tapi kena gak belek tarikh kalau sempat. Agak2 dah 5-6 hari cepat2 ku buat stok beku pulak. Biasanya maksimum pun hanya 2 barisan EBM saja kat bahagian atas nih. Di bahagian nih EBM boleh tahan maksimum 7 hari

Ini pulak EBM beku @ Frozen EBM. Lupa nak kira berapa.. sebenarnya malas nak kira hahaha Sebenarnya ku ada perasaan takut nak buat banyak2 sangat. Takut kalau black out.. sayangnya.....
Stok November 2009. Sangat sikit sebab beberapa hari sebelum keje baru ku mula buat stok. Dah pakai 2 botol sebabnya botol bumblebee tu ku nak guna sayang klu biar beku sekali hahaha. Ada sebotol lagi kat situ minggu depan akan ku guna.

Stok Bulan 12 sehingga 22 Disember 09. Masih sedang berusaha menambah stok



Inilah Ice pack yang ku guna sekarang. Cukup untuk sampai balik ke rumah. Start semalam, ku langsung tak simpan EBM dalam peti sejuk opis ebab Ice pack tu masih cukup 7.30 am - 6.30 pm = estimate. Kalau cuaca terlalu panas peti sejuk diperlukan at least for first 4 hours, pastu baru boleh letak dalam cooler bag bersama triplet ice pack ini

EBM on the go... biasanya maksimum ku letak 6 botol. Setiap botol isipadunya tak sama. Biasanya ku tanya pada pengasuh kalau masih ada baki susu yang belum guna. EBM Sarah memang tumpang peti ais rumah pengasuh. Alhamdulillah pengasuh anak2 ku sangat support ku BF Sarah dan belum merungut apa2 tentang EBM (harap2nya tiadalah Amin)


ps: ku pujuk2 Habib join Maisarah kengkonon nak tanderm nursing tapi dia tak mau. Habib cakap tu Habib punya masa baby. Maksudnya skang dia dah besar lah kan hehe

3 comments:

  1. banyak juga stok susu simpanan Liza.

    semoga kita sama-sama berjaya membesarkan anak2 dgn susu sendiri anugerah ALLAH...

    ReplyDelete
  2. ibu emy efy eqy; taklah terlalu banyak kak... harap2 cukup lah untuk Maisarah

    ReplyDelete
  3. insyaAllah itulah harapan kita ibu2 nih Amin

    ReplyDelete