Kengkawan Saya

Showing posts with label Citer akoo n mereke. Show all posts
Showing posts with label Citer akoo n mereke. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Perlukah Masalah Rumahtangga Diceritakan Pada Orang Lain

Amacam seram tak tajuk n3 nih? hahahahah... tetiba lak dpt idea... sebenarnya byk idea tapi bila nk tulis jer jadi blank.Tajuk nih pun paksa gak suh tulis wala udah tetiba blank... takpe-takpe tulis jer kan nanti mesti jadi... cewahhhh

"nak citer tak nak, nak citer tak nak". Rasanya inilah dilema pasangan berkahwin yang dilanda masalah. Nak cerita takut membuka aib di dada. Kalau tak cerita kang diri menanggung sengsara, beban, sakit perit. Hmmm takut pula nanti sampai penyakit yang tak sepatutnya sampai hmmmmmmmmm. Pada pendapat saya carilah seseorang, sesuatu medium perantara atau apa sahaja yang terbaik untuk meluahkan perasan dan masalah. Mungkin bila berlaku sesuatu masalah bukan segalanya boleh kita ceritakan pada pasangan kita. Mungkin kalau diceritakan atau diluahkan akan menjadikan masalah itu lebih kusut. Tapi perlu juga diingat supaya perkara yang diluahkan itu dapat diluahkan pada / kepada yang dipercayai sahaja. Jangan pula dijaja kepada semua orang atau semua tempat sebab dibimbangi akan lebih mendatangkan fitnah dan prasangka lebih buruk. Kadang-kadang ianya boleh menghentam kita semula daripada memberi buah fikiran yang baik.

Tapi mereka yang betul tabah dan gagah perkasa dan rasa "urggghhh saya mampu menanggungnya" memang saya 'salute' lah perghhhhh tabah betul

walau apa pun pilihan terletak pada diri kita sendiri :)

Saturday, April 10, 2010

Potong Kuku

Inilah catatan peribadiku untuk ku kenang. Ewahhh cam bagus jer... Takperlah ini untuk dijadikan ingatan ku di masa depan

Dah lama betull ku dok perati kuku atukk.. sikit nyer lama. Terpikir gak, takde sesaper ke nak volunteer potongkan. Sampailan malam nih ku terus cakap kat atuk "Tuk, meh saya potongkan kuku atuk ya" Atuk cakap"tak yahlah, atuk kencing manis kang luka" lebih kurang gitulah. Ooooo dalam hati 'patutlah takde saper potong, rupanya atuk takut'. Pastu ku cakaplah "takper saya potong tak kene daging. Kalau sakit atuk cakap ya" Pastu dia redha jer aku potong.. hehehe misi berjaya. sarah bagi en Nuar pegang, misi pun bermula. Nenek bawa bubur atuk terkejut tengok aku potong kuku atuk. "Ooooo Za boleh engkau potong kuku atuk ya. Orang lain tak dapat tu." Patutlah atuk takut potong kuku rupanya ada daging2 atuk yang melekat ngan kuku sekali. Tu yang atuk takut sangat. Alhamdulillah, kaki ngan tangan setel... Aku bagitau atuk dan nenek, "Nanti tiap2 minggu saya datang potong kuku atuk ya"

Sebenarnya atuk en Nuar nih sekarang dah semakin uzur. Macam2 sakit.... Nak tulis pun panjang sangat. Cukuplah sekadar ini aje yang termampu aku buat untuk atuk.

Jangan sangka apa2, bukan untuk menunjuk aku bagus. Sekadar aku nak jadikan ini kenangan peribadi ku sahaja :)

Saturday, April 3, 2010

Anak Menyusahkan

Mesti sentap hati ibu2 yang tegar bersama keluarga dan anak2...... rileks ok.....

Sebenarnya aku pernah ditanya soalan nih oleh seorang rakanku"Kak, bila anak start tidak menyusahkan?" urghhh memang sentap beb dengar. Ok jom aku cerita tentang aku

Saat aku tengah tulis post nih pun anak2 ada di sekitarku. Sarah yang sejak dah pakar merangkak nih (baru dalam seminggu pakar pun) dah sibuk nak memanjat. Dah berapa kali dah terbalik ke belakang. Saat ini juga akoo tengah tunggu bubur Sarah sejuk sikit sebelum blender. Sebab hari nih cuti aku buat resepi baru sikit bubur nasi + brokoli. Nanti ku update dia makan ke tidak. Pagi tadi bubur/puree lobak merah + brokoli huhu laju si kecik nih makan, pastu gombeng susu dan zzzzzzzz alhamdulillah. tu pagi tadi. Habib Plak tengah main2 ngan raket yang mama dia beli dan kekadang main dengan adik juga. Kadang2 sampai jadi tarzanlah nak suruh dia layan adik dia. Orang dah besar kan jadi suka main cara dia lah... errrrrrr dah melalut jauh nih..........

Jom sambung cerita anak tu menyusahkan ke????? Aku rasa seperti mustahil jika ada ibu bapa yang cakap TAK PENAT LANGSUNG jaga anak nih. Hmmmm atau mungkin mereka mempunyai pembantu yang sehingga punya banyak masa untuk diri sendiri. Aku mengaku adakalanya memang penat walhal memang selalu penat. TAPI, semua tu terubat apabila melihat anak2 di depan mata sihat, gembira bermain, sakit juga di depan mata. Bertambah gembira bila mereka menyusu dari tubuhku... uhhhhhhhh nikmat yang hanya Allah mengetahui. Nikmat yang ku doakan tidak pernah berakhir. Mungkin ini yang ibu bapa kita rasa sebenarnya.

oops iklan jap... Sarah baru habis makan buburnya... wah selera... sah 'minah sayur' ehehehe

Aku rasa aku lagi susah kalau mereka tidak di depan mata. Bak kata mak masa aku kecik2. "hati asik kat belakang jer..."

Jadi setiap penat lelah tu ada ganjarannya. Aku tak mahu fikirkan yang akan datang.. cukuplah ganjaran di depan mata sekarang ibu yang bahagia, adik2, suami dan anak2. Kesimpulannya anak tidak menyusahkan

Susah atau tidak anak itu kita ibu bapa yang menentukan

salam sayang

Saturday, March 27, 2010

Cerita Negatif Tentang Penyusuan Sepanjang 6 Bulan Ini

Antara cakap2 dan cerita2 negatif yang telah ku hadapi sepanjang 6 bulan ini

1) Anak yang minum susu ibu kenyang lebih lama
susu ibu mudah hadam. jadi bayi akan cepat minta susu lagi. tak percaya; bayi susu ibu lebih kerap poo2.

2) Anak tak lena tidur minum susu ibu
sekali lagi susu ibu kan mudah hadam. rasanya ini kes mak bapak nak tidur sedap malam nih. hehehe. bayi kan suka 'bergayut' sambil dipeluk ibunya, apalagi inilah masanya memberi 'all out'

3) Bagilah anak tu minum air. Kita sendiri pun haus panas2 nih. Dia tak pandai cakap nak air bagilah
adoiyaiiii susu ibu tu dah cukup kandungan air untuk menghilangkan dahaga bayi. bukankah susu ibu adalah makanan dan minuman aing sempurna untuk bayi.. hehe. sebenarnya ku diam saja sambil berdoa janganlah sumbat anak akoo ngan air. dia belum 6 bulan.

4) Mahallah pam susu
terpulang kepada masing2 mahu yang macam mana. bagiku biarlah efektif dan tahan lama dan mnyelesakan kita memakainya serta sesuai dengan ketebalan poket kita. Sekarang kan banyak skim kutu dan skim ansuran, apalagi joinlah. buatlah pesediaan dari awal. seeloknya dari terimister ke3 kandungan dah boleh mula kan... sebaiknya juga cuba dahulu di butik bayi yang menawarkan perkhidmatan percubaan ini kan. Cuba buat kira2, silap haribulan pam susu lagi murah dari beli susu tin tiap2 bulan yang belum tentu tahap zat dan kebersihan susu itu.

5) Akak dalam hospital lagi sembunyi2 bapak dia bawak botol susu sumbat dalam mulut anak. Susah nak kerja bagi susu badan.
Ini lagi masalah. belum apa2 dah mengalah sebelum mencuba. ku diamkan aja. Bak kata Farah Sarakids ada masanya diam itu lebih baik

6) Keluarga aku langsung tak menyokong aku nak susukan anak
Carilah teman yang menyokong kalau semua ahli keluarga tidak menyokong. Sokongan orang sekeliling akan menguatkan semangat kita. Kaunselor laktasi kat Malaysia ini majoriti sangat friendly. dapatkan nasihat mereka.

Inilah antara perkara2 negatif yang aku temui. Ada lagi rasanya tapi aku tak ingat. Tapi kebanyakannya aku lebih suka diam. Sebab kang marah lak diaorang kan. Tapi aku ada sorang kawan yang aku masih belum putus asa berdakwah tentang susu ibu. Hanya Allah dan masa yang menentukan. Aku mengambil kata2 Suraya Lunatot "Anak Kita, Effort Kita"

Monday, March 8, 2010

Kenapa Penyususan Susu Ibu Amat Digalakkan

Sebenarnya info ini saya kongsi di FB saya. Dengan harapan dapat membuka pintu hati teman2 sekalian. Bukan mahu mendabik dada tetapi cuma mahu berkongsi tanpa sedaya upaya tidak mengecilkan hati mana2 pihak. sebelum ku publish info itu, ku buat kaunter pertanyaan pendapat. feedback negatif terutama daripada kaum adam. Oleh sebab feedback positif melebihi feedback negatif jadi ku teruskan jua. Kita takkan pernah dapat memenuhi kehendak semua orang kan Cuma info bukan mahu menuding jari aku betul atau kamu salah. Tidak sesekali.

BF; Kenapa Penyusuan Susu Ibu amat Digalakkan

1) Hak Anak
2) Sunnah
3) Benteng utama terhadap penyakit terutama di awal kelahiran (insyaAllah akan diterangkan kepentingan 1 jam pertama Susu Ibu)
4) Perut bayi yang baru lahir sebesar guli, hanya susu ibu yang sesuai
5) Mengeratkan kasih sayang keluarga (skin to skin contact).
6) Mempercepatkan pengeringan darah nifas
7) Menjarakkan kehamilan-6bln pertama. ada yang tak sampai 6bln atau lebih 6bln wallahualam
8) Mengembalikan bentuk badan si ibu
9) Susu Ibu adalah 'food of love', perkongsian ibu dan anak yang berterusan
10) Saat2 penyusuan yang hanya dirasai beberapa tahun sahaja - tidak sepanjang hayat cuma kenangan sepanjang hayat

** hobi sekarang bergambar ngan adik ngah dengan macam2 posisi **

Semoga perkongsian yang bermanfaat

Friday, February 12, 2010

Perasaan

Semenjak dua menjak nih saya saya tiada mood untuk hupdate... haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

rasa cam penat tapi tak tau penat apa

rasa otak cam jam tapi tak tau jam apa

rasa sangat moodyyyyy

sangat tak suka perasaan ini

ada masalah?

YA, ku bermasalah. Masalahnya ku MOODY tetiba. Ohhh apakah perasan yang tak best ini datang

hati cam rasa tak sedap juga... kang kalau hati sedap kena makan hati laka hahahahah

apakah penyebabnya?

Ku tak tau kenyataannya takde sesiapa pun penyebab. Ini adalah mainan psikologi sendiri hahaha

atau Bendera Merah nak menyerang... sudah hampir 5 bulan usia Sarah bendera bendera merah lom datang

huhu... sangat tak best berperasaan begini. satu hapa pun tak boleh buat










begini baru tak senonoh sket hahahaha

Tuesday, January 26, 2010

Lagi Cerita Kelas Penyusuan Susu Ibu Seremban

Takmo citer panjang2 sebab jom baca kat sini

Memang semua peserta sangat best dengan kesemuanya bersama pengalaman yang berlainan, unik dan seorang mom to be.

antaranya;
= ada yang mahu menyusukan anak angkat. bukan saja mahu kakak nih memang sedang berusaha
= ada ibu yg dengan 'b' surgery, masih mampu susukan anak. Pam S3 dikelek ke hulu ke hilir, sebab beliau sentiasa di Site. Beliau juga ada anak susuan.
= ada ibu yg sentiasa terhalang untuk menyusukan anak. Ini anak k5 beliau tetap tak putus asa untuk cuba beri si kepada anak

ini antara cerita yang sangat terkesan di hati. Kegigihan mereka

dah cam habit, mesti nak tepek gambar mereka

pst: skang mengalami agak kemerosotan susu. stok jan baru ada 4oz kalau tak silap. En Nuar dah risau, suh terus ku beli apa2 milk booster. Baru beli longan kering, kurma merah, susu anmum lacta. Sue, ku cuba petua yang ku baca di blog mu, agak menjadi untuk kali pertama bersungguh2 nih. Nanti terus cuba. Kalau ngam bakal ku abadikan jua di sini. Err agak2 Sue sempat k baca blog ku ini???

Sunday, January 24, 2010

SANTAI BERILMU - MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA.

INI ADALAH STICKY MODE. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU

Kelab Susu Ibu Seremban ingin menjemput para ibu di sekitar Negeri Sembilan dan negeri - negeri jiran ke program kami yang julung-julung kalinya selepas penubuhan Novermber 2009.

PROGRAM SANTAI BERILMU : MENANGANI TEKANAN UNTUK WANITA
(STRESS MANAGEMENT FOR WOMEN)

BERSAMA DR UMI ADZLIN SILIM
Pakar Psikiatri Hospital Kajang

TARIKH:
24 JANUARI 2009

TEMPAT :
9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG,
NEGERI SEMBILAN

MASA:
9-30 -11-30 PAGI


PENDAFTARAN
RM15.00


ATURCARA :
Ta'aruf
Pengenalan
Perkongsian ilmu bersama Dr Umi.

MAKLUMAT LANJUT:
Dr Faridah Idris
019-6548073
myzulfa@gmail.com

ACARA SAMPINGAN:
sewaan bahan bacaan - berkaitan penyusuan susu ibu, keibubapaan,islam dan lain-lain
Jualan Produk HPA
Jualan keju Halal Buatan Malaysia Tja Cheez.



Jamuan ringan (kuih) akan disediakan.Hidangan potluck sangat dialu-alukan. Harap dapat menghubungi saya sekiranya sedia untuk membawa makanan.

Program akan diadakan secara santai dan relaks dan para ibu boleh membawa bayi masing-masing.

Para ibu menyusu yang ingin khidmat nasihat berkaitan penyusuan juga dialu-dialukan untuk turut serta kerana perbincangan tidak diadakan secara formal.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

PERKONGSIAN ILMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR DENGAN KOS YANG MINIMA

TEMPAT TERHAD.

pst ; mengalukan kepada mereka yang tinggal berhampiran. Semoga ilmu ini dapat kita kongsikan bersama. InsyaAllah tiada aral saya juga ingin turut serta

Monday, January 11, 2010

Kelas Penyususan Susu Ibu di Seremban

Tarikh : 9 Januari 2009
Penganjur : Suria
Kaunselor : Pn Farah & Pn Suraya

Tak ramai yang datang. Peserta cuma 8 orang (tidak termasuk penganjur, anak2 dan kaunselor). Rasa sangat berbaloi dan masa berlalu begitu cepat. Rasa macam tak sempat nak catch-up semua info2 tu. Kadang2 kita rasa kita keseorangan tetapi di sini ada pelbagai kisah yang akan menyedarkan kita "apalah sangat kisah ku ini"
Sue, tak percaya cuba tengok kan saya lagi tembommmm huhu. sue ingat aku ni tinggi dan macam orang beso rupa2.............. sila lihat gamba ini sebagai bukti serta gamba di atas
Ini pula gaya mummy ultraman Habibullah dan Maisarah

Selepas ini insyaAllah nak ikut program Dr Faridah pula.

pst; sedang cuba untuk wean pacifier from Maisarah. Malam tadi misi berjaya. Tapi pagi ini tak berjaya sebab eb Nuar tajut anaknya meragam di rumah pengasuh. Hmmm anaknya cuma pacifier waktu nak tidur saja... harus ku perlaha2 gigih untuk buangkan pacifier. caiyokkkkkk

Tuesday, January 5, 2010

Tips Pengasuh Anak dan Cloth Diaper (CD) khas untuk pengguna One Size Pocket Diaper

Jom ku kongsi tips menghantar CD kepada pengasuh. N3 nih khas untuk kawanku yang sangat berminat ngan CD. Caiyokkk

Cd mesti dalam keadaan sedia dipakai terus. Supaya pengasuh rasa sama ajer dengan disposable diaper (DD)
contoh cd yang sedia diguna terus

1) Insert mesti sudah dimasukkan secara elok ke dalam pocket jika anda menggunakan jenis pocket. (Jenis pocket diaper)

Untuk penggunaan siang cukup dimasukkan cuma 1 insert

2) Laraskan button saiz ke saiz yang sesuai untuk anak anda (Jenis One Size)

3) Sediakan Cd yang mencukupi, 3-4 keping berserta insertnya

contoh CD stash yang sedia diguna. Sila ambil 3-4 keping untuk bekalan kepada pengasuh

4) Pastikan CD terletak elok di bontot anak. Tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Ngam2. Sebab kalau tak betul pakai pun boleh sebab kan CD bocor

5) Sediakan wetbag atau beg plastik, cadangan jenis berzip supaya bau CD2 kotor itu tak jalan2 ke sana ke mari hehe

6) Untuk CD yang kena pee2 anak ; beritahu pengasuh untuk terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik

7) Untuk CD yang kena poo2 anak ; beritahu pengasuh untuk buang poo2 ke dalam tandas. caranya semburkan paip air kepada poo2 tu. Beritahu pengasuh x perlu basuh, lepas dah buang najis tu terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik. Tapi kalau pengasuh cerewet sangat, minta dia terus letakkan CD di dalam plastik kemudian letakkan ke dalam wetbag yang berzip itu. Untuk elakkan bau yang kurang menyenangkan

8) Bila CD perlu ditukar? Sama saja konsep dengan pakai lampin pakai buang (DD)
ros Jika anak tidak kuat kencing, 4 jam sekali, kalau agak kuat mungkin 2 jam sekali. Sila pantau kekerapan anak anda kencing sebelum hantar kepada pengasuh
ros Apabila sahaja anda rasa lembap pada CD maknanya air kencing dah penuh jadi tukarlah segera
ros Jika anak anda poo2 terus tukar kepada CD yang baru

Ianya tak leceh sebenarnya. Konsep yang sama dengan DD cuma DD dibuang dan CD disimpan untuk dibasuh. Selamat alam sekitar. Selamat ber CD

Monday, January 4, 2010

Lagi Bzzz

Maaf kengkawan..... saya sedang cuba untuk hupdate sebab status skang sangat sibukkk

Maaf yer

Tuesday, December 29, 2009

Di Suatu Pagi Sebelum Subuh

Weekend hari tu adalah hari terakhir Maisarah Nebulizer (itupun bila tengok dia susah bernafas) kat sebuah klinik swasta. Dalam jam 2am macam tu. Malam tu dah lah ku telan ubat batuk dan aku adalah sangat lalok.... Tengah Nebulizer pun aku boleh terlelap (aku pegang Sarah, en Nuar yang bagi gas)Seperti biasa selepas proses tu siap mesti dr akan cek lagi dada Sarah. Sampailah ketika dr bertanyakan soalan ;

Dr : Ada bagi minum air masak tak?
Aku : takde sebab dia susu badan
Dr : Kena bagi air masak sebab susu tu likat. Nanti susah nak ajar dia minum air masak. Nanti awak bagi ya
Aku dan en Nuar : diammmmmmm (dalam hati aku ; apa lak nih)

En Nuar pun diam. Sampai hari ni takde pulak en Nuar suruh aku bagi air masak kat Sarah. Pendapat akulah Dr itu takde ilmu yang cukup pasal penyususan susu ibu (aku pun masih terus belajar). Aku malas nak jawab apa2 sebab pertama; aku sangat lalok dan mamai tapi masih jelas kedengaran kat telinga aku apa dr cakap, kedua; malas nak bising2 sebab dia rawat anak aku kang dia tak layan kitaorang lagi susah lah plak.

Jelas sangat FM dan BM itu berbeza. FM memang lebih likat berbanding BM (sebab tu BM mudah hadam kan dan bayi yang FM mesti diberi air masak) BM yang mula2 keluar semasa bayi menghisap adalah air yang sangat perlu untuk badannya dan setelah itu barulah susu yang lebih pekat keluar dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral untuk tumbesaran bayi/anak. Hmmmm jadi di mana rasionalnya harus diberi air masak untuk anak yang minum BM. Kalau diberi air masak akan flush out kan semua kebaikan BM. Kaunselor laktasi / Pro BF sila betulkan saya jika terdapat di mana2 kesilapan

Gambar nih Habib yang 'snap' hehe

Alhamdulillah ku kira sekarang Maisarah dah pulih sepenuhnya tanpa ku beri air masak. encem

Wednesday, December 23, 2009

Masak Apa Tu???

Kredit to En Nuar sebab makan malam tadi semua dia yang masak huhu.. Lama sungguh tak rasa en Nuar masak. Pastu bukan disuruh pun dia sendiri yang terus ke dapur dan buat A-Z. Nak tau apa yang dimasak, jom layan...

Bukti bukan aku yang masak


Alaa bukan masak gempak2 poon. Cuma masakan biasa aja... Ayam masak sos, goreng ikan masin, goreng lobak berkuah dan masak nasi lah kan. Sang isteri hanya memberi arahan seperti 'pasni masuk ni, pastu masuk tu plak, air masak nasi n bla bla bla..' sambil mengenjut buai anakanda Maisarah.
Ikan kering terlebih garing hehe

Masa ku tengah snap2 jadi penyibuk en Nuar cakap "ha, tu mesti nak letak dalam blog lah tu"

Inilah plak aktiviti selepas makan dan en Nuar sudah pegi kerja semula

Maisarah langsung taknak letak malam tadi. Meh ku letak dia di dalam RS ini. Nak panggil gaya apa pun tak tau. Yang penting mummy n Sarah selesa. Sarah tak suka kalau muka dia tak boleh pandang keliling dan dia tak boleh gerak2 tu lah ku cuba gini lah plak..
Habibullah untuk pertama kalinya depan mataku duduk atas coffee table nih. Pastu sibuk suruh ku ambil gambar Sampul surat tu (sampul CD yang ku dapat semalam)



Lihat betapa kurusnya bujang ku ini. (Kak Mard, sekarang nih kalau nak cubit pipi pun dah tak best sebab dah tak tembam macam dulu)

Monday, December 21, 2009

Buku Muka?

Setelah pelbagai kata dan hasutan akhirnya ku gagahkan diri ber facebooking. Wakaka sebenonya memang lah malasssssssssssss tahap gaban tapi hasutan demi hasutan setelah bertahun2 akhirnya ku ter makan juga nantikan kemunculan facebook ku itu. wakaka sudi2kanlah meng-add yer wahai kengkawan. Saya seperti di badge di kiri ituuuuu. Dalam risaukan Sarah sempat lagi ku ber buku muka... sempatkah aku meng'hupdate'??

Saturday, December 19, 2009

RS beraksi di SOGO

Itu hari pergi Sogo ngan Angah dan tunang angah untuk cari2 barang2 kahwin dia nanti. Fuh punyalah sesak hujung minggu dan YES lagi kan. Lagi aku nih memang jarang sekali naik KL ni lah sebabnya jam dan sesak. Fuhh nasib apa yang dihajati dapat ngah oiii. Alhamdulillah

Sarah plak hari tu memang tak berapa sihat kan (selesema dalam paru2 itulah) Nasib ada ini RS tau. Sebab ku letak Sarah di dalam, ku peluk2 kuat2, ku BF nya pun senang. Tapi gaya ku pakai RS jangan cakaplah, sebab kena ikut kerenah anak yang meragam janji dia senyap.. eloklah tengok gambar aja kan

sila abaikan mukaku yang sangat sememeh itu.. Anda terpaksa faham saya ini beranak dua. hahahaha dan lihat saja stroller telah dijadikan trolley wakaka


Abang Long merajuk sibuk nak KFC tu yang x nak bergambar ngan akoo tu. Tengok dia gi kat Cik Amin dia ajer aka tunang angah


Maisarah aku tak keluarkan dr RS terus jer letak dia ngan RS sekali kat dalam stroller tu. Lagi pun Sogo tu sejukkkkk


Aku dakap dia kuat2 supaya dia selesa. sangat mudah menggunakan RS sebab kebimbangan untuk bayi jatuh adalah tipis.

selamat ber RS kepada yang berminat. Tapi rasanya petite saiz seperti ku mungkin lebih sesuai Pouch....... Nak beli ke idak yer????

Friday, December 11, 2009

LALALA

Ku senang hati sebab dalam 2 minggu ini ku sibuk menyiapkan arrangement untuk VIP sefamili berjalan2 makan angin angin jer k?? hehe jangan luper beli cokelat brlgium ye huishh sempat ku pesan sblm itu VIP turun tadi. Hahahahaha.. Doa akoo semoga diaorg tu gembiara dan selamat sepanjang perjalan dan pulang pun mesti selamat kan. Huh sebenarnya banyak lagi keje nih tapi cam rasa lega bila bab ini selesai. Ku harap tiada masalah berbangit selepas ini. Orang sibuk buat report hujung tahun, ku layanzzz orang nak gi jalan jer.. hehe. Siapa nak best deal hotel boleh lerr calling2 ku nanti. Macam sangatlah ada orang nak call puan punyer tu

Thursday, December 10, 2009

Budak Baru Kene Marah

Kenapalah yer.. asal baru masuk jer asik kene marah..... Silap sikit marah, lambat pick up sikit apa yang diajar kene marah, pastu cakap kuat2. Sedangkan awak tu bukan sesaper pun cuma pekerja biasa dan dulu pun awak pernah jadi budak baru kan kan. Kalau lebih pun cuma awak tu dah lama berada di situ.

sungguh tak bagus untuk kesihatan

Haihh...... ???

Tuesday, December 8, 2009

Blues di Pagi Hari

Sedih2

Bila ku baca cerita2 sedih mereka di luar sana. Bagaimana menghadapi keluarga yang ditimpa musibah. Anak sakit, Pengasuh yang cuai, penyakit kronik...... urgh sungguh ku tak tahan. Sensitif betul rasanya. Mungkin sebab ku punya anak dan membayangkan jika aku di tempat mereka. Kuat kah aku? Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh anak2 kecil itu dan menjadi penyelamat untuk kedua ibu bapa mereka di akhirat kelak. Semoga ibu bapa mereka menjadi tabah dan sentiasa di dalam rahmat Nya. Nasib lah mejaku tersorok ke belakang, ku menangis pun tak siapa nampak. Kadang2 bila ku ditimpa masalah, ku rasa ya Allah besarnya dugaan mu. Tapi bila ku baca kisah mereka2 ini ku rasa apa yang berlaku hanya secebis dugaan cuma. Jadi, usahlah mengeluh... kerana di luar sana masih banyak kisah yang tragis, dugaan yang hebat, cerita yang sedih.

Insaflah (untuk aku. pause. termenung kejap)

Sunday, December 6, 2009

Pantang2 Orang Melayu Pendapat Peribadi Aku

Orang Melayu memang banyak pantang. Kadang2 akoo fenin... fuh.. fuh..Kadang2 ku seperti mencari2 di mana logiknya..... nk cakap banyak poon susah.

Contoh pantang ;

1) x bleh potong kuku malam2 = tak baik
rasionalnya ; dulu2 kan x der letrik, kot2 terpotong jari kan ker haru.

2) bayi mesti dibedung = supaya kaki x pengkar
rasionalnya ; dulu2 kan kat kampung2 kan sejuk, supaya bayi selesa dan tidak terkejut2 biler mengigau. Tapi skang kan sibuk ngan global warming kompom lerr panas tapi klu musim ujan tu bolehlah. Yang ku tau eloklah x dibedung melampau kan sbb otot bayi perlu bertugas dengan selesa. Bab bedung nih memang slalu akoo rimas, sebab padaku pengkar atau tidak itu semua kejadian Allah. Walaweiiiiiiiiiii

3) x bleh tepuk tangan depan bayi = nanti urat sawan kembang
rasionalnya ; akoo x dapat pikir (adakah akoo jadi mangkuk skang??) Aku x tau rasionalnya

4) x bleh main sorok2 waktu senja = kene sorok ngan hantu T*t**
rasionalnya ; dulu2 mana ada letrik kang kot jatuh k hilang k saper poon x nampak

5) x bleh duduk atas bantal = nanti tumbuh bisul kat punggung
rasionalnya ; bantal kan letaknya di kepala, apa k rupanya pas letak kat punggung waktu siang, malam amik lak buat alas kepala untuk tido

dan ada banyak lagi petua2 orang2 melayu sejak dulu. Pada akoo yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Kengkawan jom kongsi2 petua anda juga...encem

Friday, December 4, 2009

Sibuklah Sangat

rasa cam lama tiada update. ecewah. Agak sibuk sekarang. Bak kata kengkawan blogger bz like a bee.......Idea mencurah tapi masa amat terbatas sekarang

sampai kepala tersumbat dlm salji.. inilah tahap kesibukan sekarang....... haha

daa

sam