Kengkawan Saya

Saturday, April 3, 2010

Anak Menyusahkan

Mesti sentap hati ibu2 yang tegar bersama keluarga dan anak2...... rileks ok.....

Sebenarnya aku pernah ditanya soalan nih oleh seorang rakanku"Kak, bila anak start tidak menyusahkan?" urghhh memang sentap beb dengar. Ok jom aku cerita tentang aku

Saat aku tengah tulis post nih pun anak2 ada di sekitarku. Sarah yang sejak dah pakar merangkak nih (baru dalam seminggu pakar pun) dah sibuk nak memanjat. Dah berapa kali dah terbalik ke belakang. Saat ini juga akoo tengah tunggu bubur Sarah sejuk sikit sebelum blender. Sebab hari nih cuti aku buat resepi baru sikit bubur nasi + brokoli. Nanti ku update dia makan ke tidak. Pagi tadi bubur/puree lobak merah + brokoli huhu laju si kecik nih makan, pastu gombeng susu dan zzzzzzzz alhamdulillah. tu pagi tadi. Habib Plak tengah main2 ngan raket yang mama dia beli dan kekadang main dengan adik juga. Kadang2 sampai jadi tarzanlah nak suruh dia layan adik dia. Orang dah besar kan jadi suka main cara dia lah... errrrrrr dah melalut jauh nih..........

Jom sambung cerita anak tu menyusahkan ke????? Aku rasa seperti mustahil jika ada ibu bapa yang cakap TAK PENAT LANGSUNG jaga anak nih. Hmmmm atau mungkin mereka mempunyai pembantu yang sehingga punya banyak masa untuk diri sendiri. Aku mengaku adakalanya memang penat walhal memang selalu penat. TAPI, semua tu terubat apabila melihat anak2 di depan mata sihat, gembira bermain, sakit juga di depan mata. Bertambah gembira bila mereka menyusu dari tubuhku... uhhhhhhhh nikmat yang hanya Allah mengetahui. Nikmat yang ku doakan tidak pernah berakhir. Mungkin ini yang ibu bapa kita rasa sebenarnya.

oops iklan jap... Sarah baru habis makan buburnya... wah selera... sah 'minah sayur' ehehehe

Aku rasa aku lagi susah kalau mereka tidak di depan mata. Bak kata mak masa aku kecik2. "hati asik kat belakang jer..."

Jadi setiap penat lelah tu ada ganjarannya. Aku tak mahu fikirkan yang akan datang.. cukuplah ganjaran di depan mata sekarang ibu yang bahagia, adik2, suami dan anak2. Kesimpulannya anak tidak menyusahkan

Susah atau tidak anak itu kita ibu bapa yang menentukan

salam sayang

5 comments:

  1. setuju sangat2!anak bukanlah beban atau menyusahkan...anak2 itu anugerah Allah, kita WAJIB menjaganya, mendidiknya dengan sebaik-baiknya, moga kita dapat menjadi ibubapa yang berjaya

    ReplyDelete
  2. sirna; amin semoga kita semua berjaya setermampu kita

    ReplyDelete
  3. penat mana pon..bile tgok wajah si kecik..ilang rase penat tu...nak2x time buat bubur/puri die...walopon dapo dah mcm tongkang pecah ku kerjakan..hehe..tp bile anak makan dgn seleranye bubur tu..rase puas yg amat sgt...liza..ku nak tanye..klu bg baby mkn puri carrot je tnpa cmpo ngan bubur nasi boleh ke ek? ku skang bg darwisya mamam puri carrot waktu malam..siang makan bubur campo kentang

    ReplyDelete
  4. penat wooo. penat amat dengan 2 hero2 nih..Aqeef pun baru expert merangkak,baru 2 minggu lebih.. dah panjat tangga sampai atas wuwuw. letih ngejor, kejap yg ni kejap yg nu..
    tipu la kalau kata tak letih..tapi nak kata menyusahkan tu tak bleh aa. sebab kita yang bawak dorang keluar kat dunia ni, apesal plak kita nak merungut kan.. kalau rasa susah, payah, better ada sorang ja anak, tak payah la tambah2 anak, so takkan susahkan diri sendiri, dan tak zalim kepada anak, sbb bila kita rasa anak nyusahkan kita, kita mesti tak buat the best utk anak, kan..

    Liyana
    www.anaqi.com/blog

    ReplyDelete
  5. Mama Darwisya; betul tu.. puas rasanya. boleh xder masalah fiza... bagi puree carrot ajer ok tu

    mysimplestory; ya betul tu. walau kadang2 rasa masih tak cukup buat untuk anak2 tapi itulah yang termampu setakat ini. anak adalah membahagiakan huhu

    ReplyDelete