Kengkawan Saya

Wednesday, February 24, 2010

Patutkah Anak Saya Diberi FM Bila Saya Mula Bekerja?

Patutkah Anak Saya Diberi FM Bila Saya Mula Bekerja?
TIDAK

Kenapa?
Sebab anda boleh bekalkan EBM(Express Breast Milk) / PSI (Perahan Susu Ibu)

Bagaimana?
Perah dan Simpan

Bagaimana Nak Perah?
1) Guna tangan
2) Guna Pam Susu yang Bersesuaian

Rasanya pasti lebih banyak persoalan yang timbul kan. Tapi untuk n3 ini saya tekankan kenapa tidak boleh campur. Kenapa sebenarnya tak boleh bagi FM sahaja atau campur susu. Campur susu maksudnya waktu bekerja bagi FM dan balik kerja baru BF. Bukan sahaja keliru puting tetapi masalah keliru susu pun ada ;)

Bila susu tidak diperah pada waktu kerja (+- 10 jam). 10 jam tu kan sangat lama. Otak akan memberi signal bahawa keperluan susu ibu adalah KURANG atau TIADA. Jadi masaah akan timbul di sini, produksi susu akan berkurangan. Kesannya tidak serta merta tetapi dari hari ke hari. Ini adalah pengalaman aku sendiri.

FM adalah lebih berlemak berbanding BM / susu ibu. Kemungkinan anak tidak mahu BM juga tinggi. Maklumlah makanan berlemak dan bila hisap dalam botol yang lubangnya mengikut usia Puting tiruan yang terjual adalah mengikut usia bayi - sila rujuk setiap kali anda beli puting susu biasanya belakang paket tu tertulis. Pastu minum pakai botol kurang memerlukan usaha untuk mendapatkan susu berbanding BF bayi perlu merangsang puting untuk mendapatkan susu. Jadi perlu diingati jika anak anda diberi EBM semasa anda bekerja sila JANGAN TUKAR SAIZ PUTING. Kekalkan saiz 1 sampailah bila2. Logiknya puting manusia mana ada perubahan saiz lubangnya kan ;)

Bila anak dah rasa senang nak dapatkan susu melalui lubang puting yang semakin besar, jadi perlahan2 dia akan menolak susu ibu. Oleh itu produksi susu akan menjadi semakin kurang lagi. Ditambah pula bila ibu tertekan kerana tak dapat nak susu kan anak pengurangan produksi susu akan menjadi bertambah. Inilah yang ku lalui dahulu ;(

Pendek kata, jika anda/ibu/bapa yang berazam untuk susui bayi anda penuh atau on/off (maksudnya campur susu) silalah fikir sekali lagi. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Selamat Maju Jaya untuk AKU, DIA DAN KAMU




Psst; ini adalah pesanan untuk diri sendiri juga. Idea masa tengah mengepam ;)

Monday, February 22, 2010

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Aku tak pernah begini. Ya ku jatuh cinta pandang pertama........ Betul tak tak tipu. Aku tertanya2 kenapalah depa nih bijak betul. Buat lampin pun bijak. Ni ha brand yang ku rasa baru ENVIBUM. Sampai jadi lampin moden yang sangat mengujakan ini. Kat Malaysia belum ada wholesaler/retailer nya... huhu sudah ku mengontek2 the owner. Feedback sangat laju. Semua gambar di sini adalah di ambil dari webnya ENVIBUM.COM Kalau duit ku berkoyan sudah pasti ku jadi wholesaler. Harga bleh check kt webnya itu ya.


Sila ambil tempat anak2. Sungguh go green

Limited edition. Disalurkan kepada Salvation Army relief efforts in Haiti

Diaper Cover yang perghhhhh sempoi and gorgeos

Pink untuk Breast Cancer research

Kenapa ku teruja
1) Material Covernya yang fuh2 sila lihat gambar sebab ku pun tiada yang real hahaha. Best tak? best kan huhu. Minkee yang best
2) Cuba Tengok Inner.. walaupun cotton tapi cun bangat
3) Insert.. nih best utk NB x yah pakai insert.. bijak jd rasanya very d less bulky
4) Design One Size also tapi tanpa butang or zip segala. Ianya mengikut pembesaran budak. (masa tengah tulis pun dada cam berdebar2 sebab teruja - huh teruk sungguh penyakit neh hahaha)
5) Ada pelekat yang mengelakkan insert dari terkeluar
6) ku suka kreatifnya meletakkan velcro tape bentuk daun untuk newborn. Bila budak dah besar ianya menjadi hiasan yang comel. Ku kureng sket velcro tapi yang ini sangat mengujakan

Brand ini keluar pun setelah bertahun2 the owner buat try and error jahit sendiri lampin untuk anak2 dia kan. Ku rasa bagi dia dah cukup sempurna untuk dijual itu yang keluar brand nih

Satu lagi, setiap pembelian CD nih USD2 disalurkan kepada mereka yang memerlukan. sila baca di SINI. Kita bukan sahaja memelihara alam dan dapat CD yang cun bangat tapi turut bersedakah kan...

Last but not least, ada sesiapa yang nak suruh aku review performance tak? Hehehe syaratnya sila bagi percuma CD nih untuk aku ya.... hahahahah Harga sekeping pun dekat nak RM100 walaweii klu bagi free akoo naklah nak suh aku beli, mana nak korek beb..

Nak tengok dan baca lebih banyak tolong klik ke Envibum.com


** ALL PHOTOS TAKEN FROM HERE



Friday, February 19, 2010

BF, CD, BBW

Sangat lama tidak menulis di sini....

sangat banyak nak ditulis....

semakin masa mencemburui daku....

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak hupdate bog...


oops apakah yg berkaitang ngan tajuk kat atas;

akoo nak hupdate segala2 ttg itu di sini tapi OH MASA SILA BAGIKU MASA UNTUK MENULIS.

mode; tangan menggigil nak tulih sumer waaaaaaaaaaaa... ku cuma sempat jenguk blog kengkawan n tinggal komen sajaaaaaaaaaaaaaaaaaa itu pun ada yg x tinggal komen ampun ibu2....

BF = Breastfeeding
CD = Cloth Diapering
BBW = Babywearing

ku memang addict ku memang addict lalala ku nak tulis masa sangat cemburu lalala

Friday, February 12, 2010

Perasaan

Semenjak dua menjak nih saya saya tiada mood untuk hupdate... haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

rasa cam penat tapi tak tau penat apa

rasa otak cam jam tapi tak tau jam apa

rasa sangat moodyyyyy

sangat tak suka perasaan ini

ada masalah?

YA, ku bermasalah. Masalahnya ku MOODY tetiba. Ohhh apakah perasan yang tak best ini datang

hati cam rasa tak sedap juga... kang kalau hati sedap kena makan hati laka hahahahah

apakah penyebabnya?

Ku tak tau kenyataannya takde sesiapa pun penyebab. Ini adalah mainan psikologi sendiri hahaha

atau Bendera Merah nak menyerang... sudah hampir 5 bulan usia Sarah bendera bendera merah lom datang

huhu... sangat tak best berperasaan begini. satu hapa pun tak boleh buat










begini baru tak senonoh sket hahahaha

Wednesday, February 10, 2010

Idea Update

Ku ada banyak idea untuk hapdet. Tapi nampaknya masa amat mencemburui dan ku mau cuba mencari lebih info sebelum publish - ecewahhhh

Saturday, February 6, 2010

Gadget BF in Public

Gadget semasa ku BF in public.

Kasihku Sayangku Ring Sling. Detail sila Klik Sini dan Sini



Nursing Cover

Habib oh Habib layan jer lah...

Tapi ada gak masa aku selamba jer tanpa gadget2 segala. Sila klik SINI . Ikut keadaan ;=)

Wednesday, February 3, 2010

Bamboolite Cloth Diaper Button One Size yang Mabeles

Ingatkah anda cerita ku yang berangan2 ingin pakaikan Sarah Bamboo CD di SINI

Akhirnya ku dapat. Huhu... dan hasilnya sangat mabeles

Untuk pilihan warna jom ke SINI

Bamboolite Cloth Diaper;
* Snap button
* One Size (3-14kg)
* Pocket CD

First Impression;
1) Mutu jahitan yang cantik
2) Rekabentuk yang unik
3) Material Bamboo yang lembut

butang putih itu untuk snap kat butang2 yang lebih selepas CD dipakai. Jadi tiada masalah Wing CD terjulur. Ku suka ;)

Ruang untuk masukkan Insert lebar dan lembut. Mempunyai butang untuk dilekatkan bersama Insert. Jadi tiada masalah insert bergerak2. Ku suka ;)

Potongan yang lebih besar. Sesuai untuk bayi/anak yang chubby
4 feb update : ku lupa nak tambah, tempat masukkan insert tu kat depan bukan kat belakang yg macam biasa tu

Insert juga unik. 4 lapisan, lapisan teratas dari material bamboo + 3 lapisan di bawah adalah microfiber. Anda mempunyai pilihan samada mahu masukkan insert dalam pocket pant atau biarkan di atas inner sahaja. Kan ada butang jadi kurang masalah Insert bergerak2. Ku suka ;)

Testimoni;

a) Ku pakai 11 hours (kes outing pastu balik flat abis satu umah zzzzzzzz hahaha).
1) No Leaking / tidak bocor
2) Montot Sarah cun tiada merah2
3) Very d less bau hancing

b) My dearest friend merangkap best pren = Yann telah cuba 10 hours. Anaknya agak heavy wetter umur 2bulan lebih. Start 7pm-5am.
1) No Leaking / tidak bocor
2) Kering
** terus diborongnya Bamboolite ini.

Anda mahu? Jom beli di kedai kecil ku ini. Sila klik SINI


Special features of Bamboo Cloth Diaper:
* Hypoallergenic, antimicrobial and anti-static
* Ultra soft and cozy for baby
* Natural wicking abilities making it super absorbent
* Naturally resists odor keeping your baby super fresh
* Breathable & temperature regulating so your baby keeps cool in the summer and warm in the winter
* Free of chlorine and formaldehyde
* Eco-friendly - from a pesticide free, sustainable and renewable resource
* Naturally UV Protection

Tuesday, February 2, 2010

Apa Nak Buat kalau Babywearing Anda Basah

Hakikatnya ku cuma ada 1 babywearing (ring sling). Angah cakap 'kak long kene ada 2 lah br ok. Satu basuh satu lagi boleh guna' Ya tak ya juga kan. End up angah bagi cadangan ku guna kain batik cam indonesian. Nasib ada kain batik yg mak bagi lom jahit lagi. Ikat2 jadilah camni. Jom layan.

Ikat kat belakang angah tolong

yang nih malam tadi buat sensorang, jadi ikat kat depan. Sama je ceritanya. Lebih senang wat sendiri ikat depan. camner lak kat belakang nak capai kan?

Sarah skang lebih suka tidur dalam sling berbanding buai
konsep segala sama sahaja. apa2 pun sentiasa pastikan keselamatan anak anda.

"wear your baby, they will more closer to your heart"