Kengkawan Saya

Friday, May 7, 2010

Susu Ibu Dulu dan Sekarang

Kalau susu ibu takde boleh bagi susu formula.............. itulah mindset yang biasa kan. Dulu aku pun sama jer fikirkan benda ni.

Tapi sekarang aku CUMA fikir susu aku mesti ada. Walau waktu tu penghasilannya agak merudum. Aku tetap kuatkan semangat dan berkata susu aku ada, banyak, cukup untuk Sarah pastu dok berangan2 alangkah seronok kalau dapat susukan anak orang lain. Hahahahahah. Itulah motivasi yang aku ada sepanjang BF nih. Stok dalam peti ais memang sikit sangat. Sebulan tak sampai 10 paket pun. Selalunya kalau ada 5 paket sebulan dah cukup bagus. Aku selalu berkata dalam hati susu aku banyak. Cukup untuk Sarah. Kalau hasil kurang mula2 aku risau lepas tu aku cakap semula inilah rezeki untuk Sarah. Mesti cukup. Alhamdulillah. Apa yang nak aku tekankan di sini jangan sesekali fikirkan ketiadaan susu anda. Fikirkan positif sahaja.

Mmmmm selalu juga aku fikir zaman dulu kalau xder susu apa diaorg bagi anak diaorang minum? atau diaorang tak pernah fikir pasal takde susu? Ini merujuk pada zaman sebelum 'omputih' memperkenalkan susu formula kepada orang kita. Mungkinkah diaorang bagi "santan kelapa muda" macam dalam lagu? Pernah juga akoo dengar orang yang daif bagi anak mereka minum air beras(air nasi), susu pekat manis yang dibancuh. Hmmmmmm zaman dulu kalau ibu nya sakit anak minum susu apa? Hmmmm kalaulah dari dulu orang kita pandai mendokumentasi semua ini kan bagus, boleh buat kajian.

Tapi zaman sekarang, belum jer lahir anak, ibu dah fikir kalau takde susu bagi jerlah susu formula


yang merepek di petang hari sambil menunggu sang suami hehehe ;