Kengkawan Saya

Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Ruam Lampin Moden


Ewah n3 tak hengat....

Kata ber lampin moden aka cloth diaper aka CD ak beruam abis tu camner nih? Tipu k?
Oh tidak, sesungguhnya tidak menipu. Anak yang alah kepada bahan kimia yang berada di dalam lampin pakai buang, lampin kain moden adalah jawapannya :).

Apa sebab anak masih beruam walau sudah berCD;

1) Kulit terlalu sensitif. Apa jenis lampin pun tetap akan beruam.
Sila jumpa doktor ya

2) Kulit anak tak sesuai dengan fabrik yang digunakan. Ada anak yang alah dengan microfiber, fleece, suede
Bertukarlah kepada fabrik semulajadi kain kapas(cotton), hemp atau buluh(bamboo)

3) Terlalu lama memakai lampin yang sama
Maisarah selepas 6 bulan tak boleh pakai Cd lebih daripada 4 jam walaupun tak penuh / masih kering. Kecuali material semulajadi aka bamboo bleh pakai sehingga 6-8 jam selagi permukaannya kering

4) Memakai lampin yang sama walaupun dah penuh / basah / bocor
Pendedahan terhadap air kencing memang menyebabkan ruam. Air kencing kan sisa kumuhan badan :)

5) Getah sekeliling lampin bergesel secara terus menerus pada kulit anak.
Ini kes cuaca agak panas dan Sarah tengah melasak ;)

Apa yang aku buat apabila Maisarah kena ruam lampin. Sarah akan beruam apabila kriteria 3-5 terjadi. Kriteria 1-2 tiada pada Sarah apa material pun dia ok ;

1) kerapkan tukar lampin, 2-3 jam sekali
2) sebaiknya setiap kali tukar basuh/lap dengan air bersih
3) lap kering dan biarkan untuk pengudaraan lebih kurang 30 saat atau lebih. opps jangan lupa alas dengan Cd/tikar getah bayi takut kang satu rumah basah ;)

biasanya akan mengambil masa 2-3 hari untuk pulih semula :) Jika berlarutan jumpa doktor. Ini adalah kaedah saya sebab saya lebih suka kurangkan penggunaan ubat :)


Di atas dirujuk untuk kes air kencing. Kalau poo poo / buang air besar lampin perlu ditukar serta merta :)

Ini kisah setelah setahun ber CD :)
Nak ber CD jom pilih di SINI
* SALE 27-31 Oktober only*

errr apsal nk tukar kaler kat font xleh erk??

PALING PENTING TIADA PENCEMARAN BAHAN KIMIA SECARATERUS KEPADA KULIT BAYI. anak anda, anda yang tentukannya :)

Monday, February 22, 2010

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Aku tak pernah begini. Ya ku jatuh cinta pandang pertama........ Betul tak tak tipu. Aku tertanya2 kenapalah depa nih bijak betul. Buat lampin pun bijak. Ni ha brand yang ku rasa baru ENVIBUM. Sampai jadi lampin moden yang sangat mengujakan ini. Kat Malaysia belum ada wholesaler/retailer nya... huhu sudah ku mengontek2 the owner. Feedback sangat laju. Semua gambar di sini adalah di ambil dari webnya ENVIBUM.COM Kalau duit ku berkoyan sudah pasti ku jadi wholesaler. Harga bleh check kt webnya itu ya.


Sila ambil tempat anak2. Sungguh go green

Limited edition. Disalurkan kepada Salvation Army relief efforts in Haiti

Diaper Cover yang perghhhhh sempoi and gorgeos

Pink untuk Breast Cancer research

Kenapa ku teruja
1) Material Covernya yang fuh2 sila lihat gambar sebab ku pun tiada yang real hahaha. Best tak? best kan huhu. Minkee yang best
2) Cuba Tengok Inner.. walaupun cotton tapi cun bangat
3) Insert.. nih best utk NB x yah pakai insert.. bijak jd rasanya very d less bulky
4) Design One Size also tapi tanpa butang or zip segala. Ianya mengikut pembesaran budak. (masa tengah tulis pun dada cam berdebar2 sebab teruja - huh teruk sungguh penyakit neh hahaha)
5) Ada pelekat yang mengelakkan insert dari terkeluar
6) ku suka kreatifnya meletakkan velcro tape bentuk daun untuk newborn. Bila budak dah besar ianya menjadi hiasan yang comel. Ku kureng sket velcro tapi yang ini sangat mengujakan

Brand ini keluar pun setelah bertahun2 the owner buat try and error jahit sendiri lampin untuk anak2 dia kan. Ku rasa bagi dia dah cukup sempurna untuk dijual itu yang keluar brand nih

Satu lagi, setiap pembelian CD nih USD2 disalurkan kepada mereka yang memerlukan. sila baca di SINI. Kita bukan sahaja memelihara alam dan dapat CD yang cun bangat tapi turut bersedakah kan...

Last but not least, ada sesiapa yang nak suruh aku review performance tak? Hehehe syaratnya sila bagi percuma CD nih untuk aku ya.... hahahahah Harga sekeping pun dekat nak RM100 walaweii klu bagi free akoo naklah nak suh aku beli, mana nak korek beb..

Nak tengok dan baca lebih banyak tolong klik ke Envibum.com


** ALL PHOTOS TAKEN FROM HERE



Wednesday, February 3, 2010

Bamboolite Cloth Diaper Button One Size yang Mabeles

Ingatkah anda cerita ku yang berangan2 ingin pakaikan Sarah Bamboo CD di SINI

Akhirnya ku dapat. Huhu... dan hasilnya sangat mabeles

Untuk pilihan warna jom ke SINI

Bamboolite Cloth Diaper;
* Snap button
* One Size (3-14kg)
* Pocket CD

First Impression;
1) Mutu jahitan yang cantik
2) Rekabentuk yang unik
3) Material Bamboo yang lembut

butang putih itu untuk snap kat butang2 yang lebih selepas CD dipakai. Jadi tiada masalah Wing CD terjulur. Ku suka ;)

Ruang untuk masukkan Insert lebar dan lembut. Mempunyai butang untuk dilekatkan bersama Insert. Jadi tiada masalah insert bergerak2. Ku suka ;)

Potongan yang lebih besar. Sesuai untuk bayi/anak yang chubby
4 feb update : ku lupa nak tambah, tempat masukkan insert tu kat depan bukan kat belakang yg macam biasa tu

Insert juga unik. 4 lapisan, lapisan teratas dari material bamboo + 3 lapisan di bawah adalah microfiber. Anda mempunyai pilihan samada mahu masukkan insert dalam pocket pant atau biarkan di atas inner sahaja. Kan ada butang jadi kurang masalah Insert bergerak2. Ku suka ;)

Testimoni;

a) Ku pakai 11 hours (kes outing pastu balik flat abis satu umah zzzzzzzz hahaha).
1) No Leaking / tidak bocor
2) Montot Sarah cun tiada merah2
3) Very d less bau hancing

b) My dearest friend merangkap best pren = Yann telah cuba 10 hours. Anaknya agak heavy wetter umur 2bulan lebih. Start 7pm-5am.
1) No Leaking / tidak bocor
2) Kering
** terus diborongnya Bamboolite ini.

Anda mahu? Jom beli di kedai kecil ku ini. Sila klik SINI


Special features of Bamboo Cloth Diaper:
* Hypoallergenic, antimicrobial and anti-static
* Ultra soft and cozy for baby
* Natural wicking abilities making it super absorbent
* Naturally resists odor keeping your baby super fresh
* Breathable & temperature regulating so your baby keeps cool in the summer and warm in the winter
* Free of chlorine and formaldehyde
* Eco-friendly - from a pesticide free, sustainable and renewable resource
* Naturally UV Protection

Tuesday, January 12, 2010

Kasih Abang

Tetiba ternampak Habib buat ini. Cepat2 ku ambik camera n snap2......

lihatlah betapa tekunnya

Cuba buat Cd ni lak

Jerit sebab tak insert tu tak masuk2Pastu pujuk2 Habib "buat pelan2 tengok lubang dia kat mana"

Tadaa inilah hasil kerja abang long aka Habib untuk adik ngah tercinta

Jadi ada sesiapa nak kata lampin kain moden itu leceh dan susah.... tengok lom sampai umur 4 tahun poon boleh buat haha. Walau senget benget n tak berapa betul tapi effort tu yang penting. Terus dapat "good boy abang long"

Tuesday, January 5, 2010

Tips Pengasuh Anak dan Cloth Diaper (CD) khas untuk pengguna One Size Pocket Diaper

Jom ku kongsi tips menghantar CD kepada pengasuh. N3 nih khas untuk kawanku yang sangat berminat ngan CD. Caiyokkk

Cd mesti dalam keadaan sedia dipakai terus. Supaya pengasuh rasa sama ajer dengan disposable diaper (DD)
contoh cd yang sedia diguna terus

1) Insert mesti sudah dimasukkan secara elok ke dalam pocket jika anda menggunakan jenis pocket. (Jenis pocket diaper)

Untuk penggunaan siang cukup dimasukkan cuma 1 insert

2) Laraskan button saiz ke saiz yang sesuai untuk anak anda (Jenis One Size)

3) Sediakan Cd yang mencukupi, 3-4 keping berserta insertnya

contoh CD stash yang sedia diguna. Sila ambil 3-4 keping untuk bekalan kepada pengasuh

4) Pastikan CD terletak elok di bontot anak. Tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Ngam2. Sebab kalau tak betul pakai pun boleh sebab kan CD bocor

5) Sediakan wetbag atau beg plastik, cadangan jenis berzip supaya bau CD2 kotor itu tak jalan2 ke sana ke mari hehe

6) Untuk CD yang kena pee2 anak ; beritahu pengasuh untuk terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik

7) Untuk CD yang kena poo2 anak ; beritahu pengasuh untuk buang poo2 ke dalam tandas. caranya semburkan paip air kepada poo2 tu. Beritahu pengasuh x perlu basuh, lepas dah buang najis tu terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik. Tapi kalau pengasuh cerewet sangat, minta dia terus letakkan CD di dalam plastik kemudian letakkan ke dalam wetbag yang berzip itu. Untuk elakkan bau yang kurang menyenangkan

8) Bila CD perlu ditukar? Sama saja konsep dengan pakai lampin pakai buang (DD)
ros Jika anak tidak kuat kencing, 4 jam sekali, kalau agak kuat mungkin 2 jam sekali. Sila pantau kekerapan anak anda kencing sebelum hantar kepada pengasuh
ros Apabila sahaja anda rasa lembap pada CD maknanya air kencing dah penuh jadi tukarlah segera
ros Jika anak anda poo2 terus tukar kepada CD yang baru

Ianya tak leceh sebenarnya. Konsep yang sama dengan DD cuma DD dibuang dan CD disimpan untuk dibasuh. Selamat alam sekitar. Selamat ber CD

Wednesday, December 30, 2009

Maisarah dan CD

Kawanan CD dari 3 brand yang berbeza Lunatots, Crazy Momy, Coolababy, Babyland. Nampaknya Babyland adalah small cutting berbanding brand lain. Sejujurnya ku ada cuma 1pc untuk Lunatots & Crazy Momy. Ku suka semua brand yang ku ada.

Crazy Momy Innernya adalah Suede, ku lagi prefer fleece sebab lebih lembut.

Lunatots saiz ku kira XS, S, M & L. Kenapa begini? Sebab Sarah pakai brand lain semua dilaraskan ke saiz S. Bila ku laraskan CD Lunatots kepada paling kecil ianya menjadi sangat kecil dan ku kira sesuai untuk NB mungkin 2.5kg - 3kg. Jadi ku laras ke butang kedua dan ianya fit untuk Sarah.


Semua CD2 ini meninggalkan bekas di peha Sarah (bukan kesan kekal). Tapi selagi Sarah tak menangis bermaksud ianya tidak menyakitkan, jadi 'no big deal' Ada apa2 brand CD yang tidak meninggalkan kesan di peha?

Ku lebih prefer Button sebab takut bila sarah dah pandai bukak2 nanti dia dok main Velcro tu hehe

Penyerapan insert semua ok buat masa ini. Ku cuma ada microfiber, mungkin perlu cuba bamboo juga. Hmm hmmm...


Koleksi Cd ku sekarang 18pcs. Cukup untuk basuh 3 hari sekali/selang sehari. Tapi lebih banyak CD lebih lambat lusuh kan. Nanti ku belek2 poket masih adakah baki untuk menambah CDencem

Walau apa pilihan anda, pastikan anak dan ibu bapa gembira dan selesalove

Tuesday, December 22, 2009

CD dan lagi dan lagi

CD lunatots sudah sampai. Ku sokkaaaaaaaa..... Tak taulah dah pakai kat sarah camner. Nak kene prewash dulu nih. Klu tak sabar ku prewash insert ajer.. CD trus kupakai ngan insert lain. Aci tak?

Sila lihat ini - warna coklat sebabnya jarang jumpa brand lain yang ada warna ini

Lihat ini juga innernya juga sangat lembut dan ada cover untuk insert dari terkeluar seperti brand Babyland

Dan ini insertnya with button

urghhh tadi masa sampai mereka bertanya ku beli apa (akoo mmg fames bab membeli online hehehe) Ku jawab CD lagi tp brand lain. Ada yg bertanya elok ke... Bleh basuh ke? ku jawab elok boleh elak ruam dan bleh basuh. Ada yang menyampuk camnerlah orang nak basuh ku jawab bukan orang basuh bungkus bawa balik dan masuk wm saje. Pastu ntah hapa2 lagi mereka ngomel2 pasal Cd ku malas nak layan terus naik atas. Kesimpulan; kalau mahu semua boleh dan usaha untuk jadikannya boleh kan, kalau tak mahu memang banyak alasan kan kan? Anda setuju? Jadi anda ber CD atau tidak terpulang pada masing2. Tepuk dada tanya hatiencem

Tuesday, December 15, 2009

Cerita Cloth Diaper Saya

Mama AKA angah & Sarah masa kenduri doa selamat cum cukur jambul. Hari ke 40 bersama Coolababy button - Pink


Oleh sebab keterujaan mummy Habib dan Sarah nih masa dalam beg pegi spital siap2 dah masukkan sekeping CD warna hijau pucuk pisang - Crazymomy velcro + 2pcs DD + lampin2 konvensional. Alih2 lepas bersalin tu misi cakap ak payah pakaikan lampin dulu tunggu sampai baby pee2 dan poo2 dulu nanti membazir katanya. Ku ikutkan aja. Permulaan ku ada 7 pcs CD sahaja jadi masih diselang selikan bersama lampin konvensional & DD. Coolababy, Babyland & Crazy Momy. Kalau tanya performance padaku semua excellence. Tapi Insert Crazy Momy padaku adalah best - sangat tebal dan lebih lebar dan panjang (yang ada button) Sekarang ku ada 17pcs CD dan Maisarah sudah fully CD-ing. Ku basuh setiap 3 hari atau selang sehari. En. Nuar juga rajin banget tolong bilas dan basuh CD2 (wm aje) itu. Caiyok yer kekanda. Mak poon gigih aja basuh siap basuh pakai tangan klu dia larat (masa akoo ber'fantang') walhal ku dah cakap sumbat aje dalam WM. Hehehe mak oh mak...... Kalau kat kampung asal jumpa orang bawak budak ke atau datang kat rumah mesti dia promote CD2 nih. Seronok sangat dia cucnya pakai Cd. Masa mula2 dulu Mak macam refuse sebab dia bayangkan cam yang dolu2 kan lepas akoo cerita dan mak sendiri yang mengalaminya sah2 skang mak poon dah jatuh chenta ngan CD hehehe.. jomlah layan gamba2 Maisarah yang seronok berCD ini. Cerita selanjutnya akan datang yer.. tungguuuuuuuu


Hari Ke 4 bersama Coolababy button - Navy Blue

Sarah ke hari 40 bersama Babyland B utton - Orange

2 months with Babyland Button - Purple

Latest, Sarah dah pandai beraksi ngan CD Babyland button - Yellow - 2.5 months old

Maisarah masih berCD dilaras ke saiz S sehingga kini almost 3 months old. Maisarah menggunakan semua Cd berjenis 'pocket' dan 'one size'. Maisarah sekarang 4.6kg

Oopps tidak dilupakan gambar En Nuar yang tengah gigih menyidai lampin konvensional itu. nanti ku cerita di N3 lain yer

Note; sedang menunggu LUNATOTS button - brown dari Sayangbabyibu. Tak sabar sebab hari tu pegi klinik Pakar Kanak2 ada display. Rasa bestttt