Kengkawan Saya

Monday, August 16, 2010

Cerita baru yang dah lama


hehehe saya ingatkan dah takde orang ingat blog saya yang kerdil ini. Seronok bila dapat komen2 dari kengkawan semua. sebenarnya banyak yang berlaku... eceh macamlah sibuk sangat. Takdelah cuma saya sudah jadi SAHM atau boleh dipanggil WAHM ke erk? hehehehe. Selalu BF while FB (ayat kaklong Nuzula - menyusu anak ketika ber Facebook), Menyuap anak2 makan sambil melayan pelanggan yang ingin tahu tentang cloth diaper aka CD, masa tulis nih pun Maisarah sedang mengisi tangkinya, dah siap terus jalan terkedek2 ikut abang long dan sebut ede ede ede... hehehe. Oh Maisarah dan Habibullah berjalan dalam usia lebih kurang 10 bulan ;)

Di blog Lampin Kain Moden dan Facebook saya Mummycare_Liza saya ber on9 biz kecil2lan. Ada pelbagaijenama cloth diaper dan pakaian kanak2 perlahan2 sudah masuk stok terutama dah nak raya ni kan. Add lah saya ya heheheh. Jangan risau saya dah daftarperniagaan ini dengan SSM tau, alhamdulillah. Masa menulis yang amat terhad, tapi akan dicuba terus untuk menulis :)

Lesen P kereta pun baru jer dapat setelah 3x gagal. Kali ke 4 baru berjaya.... Oh tak malunya saya beritahu hehehe orang lain sekali terus lulus kan. Semoga boleh bagi motivasi dan semangat untuk yang nak amik lesen kereta. Jangan kecewa hehehehe. Jumpa lagi dalam kisahyang akan datang insyaAllah ~ Pertama kali berpuasa dan menyusukan Maisarah ... jumpa lagi

Maaf Zahir dan Batin

KERAS HATI


Keras Hati untuk saya sangat perlu dalam dunia susu ibu. Kenapa ya????? Banyak situasi yang memerlukan KERAS HATI ini

contoh 1
dia = kesian budak tu haus. Panas ni.... bagilah air masak. kita pun haus dia lagilah... nak cakap tak pandai (ditujukan kepada bayi di bawah6 bulan)

saya = diam tidak menjawab kerana sudah dapat info dan percaya susu saya sangat cukup menghilangkan dahaga si anak.

contoh 2
dia = cukup ke susu tu? esok keje camner? susah klu susu badan nih. nak pisah ngan anak

saya = insyaAllah cukup sebab kene perah elok2 simpan dalam peti ais boleh tahan lama

contoh 3
dia = lecehlah nak perah2. bancuh lagi senang

saya = ini aja yang termampu saya bagi. nak bagi kemewahan takde (dalam hati ohhhhh inilah makanan kasih sayang yang tak boleh dibeli di pasaraya ;) )

contoh 4
dia = anak awak tak cukup berat nih. kene bagi susu formula

saya = saya yakin susu saya yang terbaik yang dicipta khas untuk si anak dan mindanya ;)

Ada banyak lagi sebenarnya contoh2 yang perlu keras hati. Di atas cuma sebahagian sahaja. Kadang-kadang tak semua kata2/halangan daripada mereka perlu kita tangkis secara terus. Kadang2 perlu berkias, berlembut atau cukup dengan senyum sahaja. Pastikan kita sudah mendapat ilmu yang cukup untuk tahu kebenaran kita. Pendek kata perlu berhemah kan?

Selamat menyusu buat semua ibu dan bakal ibu :)

Monday, August 9, 2010

Kerja Rumah

orang kata surirumah ada banyak masa lapang....... ohhh itu tidak untuk saya. setiap masa bekejar di sana sini. Dengan si kenit Maisarah yang suka menjerit sebab nak berkepit dengan mummy dan Habib yang sukakan perhatian mummy heheh... Tapi alhamdulillah seronok anak di depan mata.

Mungkin ramai ingat saya dah malas nak menulis tapi itulah kenyataannya. Nak2 pulak minggu susu ibu baru berlalu.......... uhhhhhh banyaknya pasal susu ibu yang saya nak cerita.

Cuma cerita sekarang kenyataan yang saya nampak adalah untuk menyusukan anak perlu KERAS HATI mmmm kenapa ya????!!!!!!! insyaAllah satu hari pasti kita cerita tentang ini daaa