Itu hari pergi Sogo ngan Angah dan tunang angah untuk cari2 barang2 kahwin dia nanti. Fuh punyalah sesak hujung minggu dan YES lagi kan. Lagi aku nih memang jarang sekali naik KL ni lah sebabnya jam dan sesak. Fuhh nasib apa yang dihajati dapat ngah oiii. Alhamdulillah
Sarah plak hari tu memang tak berapa sihat kan (selesema dalam paru2 itulah) Nasib ada ini RS tau. Sebab ku letak Sarah di dalam, ku peluk2 kuat2, ku BF nya pun senang. Tapi gaya ku pakai RS jangan cakaplah, sebab kena ikut kerenah anak yang meragam janji dia senyap.. eloklah tengok gambar aja kan
sila abaikan mukaku yang sangat sememeh itu.. Anda terpaksa faham saya ini beranak dua. hahahaha dan lihat saja stroller telah dijadikan trolley wakaka
Abang Long merajuk sibuk nak KFC tu yang x nak bergambar ngan akoo tu. Tengok dia gi kat Cik Amin dia ajer aka tunang angah
Maisarah aku tak keluarkan dr RS terus jer letak dia ngan RS sekali kat dalam stroller tu. Lagi pun Sogo tu sejukkkkk
Aku dakap dia kuat2 supaya dia selesa. sangat mudah menggunakan RS sebab kebimbangan untuk bayi jatuh adalah tipis.
selamat ber RS kepada yang berminat. Tapi rasanya petite saiz seperti ku mungkin lebih sesuai Pouch....... Nak beli ke idak yer????
1 month ago
No comments:
Post a Comment