Kengkawan Saya

Monday, November 30, 2009

Breastfeeding Journey for Maisarah INTRO

Maisarah n mummy Day1 21 Sept 09

Sejak Maisarah dalam kandungan ku lagi sudah ku semat dlm hati n minda akoo ingin BF sepenuhnya anak yg bakal lahir itu. Perlahan2 ku cari ilmu ke merata2, ku beli sedikit demi sedikit gadget yg perlu biar apa org sekeliling berkata ku x peduli. Alhamdulillah suami n emak adalah pemangkin semangat ku yg utama hingga kini. Emak slalu bertanya sehingga kini (setiap kali telefon) "cukup atau tidak bekalan susu ku, susu ku banyak atau tidak, jgn lupa minum byk air n mcm2 lagi". Terima kasih mak walau mak dahulu bknlah fully BF mother. Mak cakap susu mak x der cuma akoo yg sempat merasa susu emak, tidak untuk adik2ku. Mungkin pada masa itu org hanya menganggap BF adalah fitrah. Jadi bila pengeluaran susu merosot, kurang usaha yg dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran susu kerana kurangnya pendedahan.....:( Jadi akoo tidak akan salahkan Emak, TIDAK mak sebab KAMI sayang sangat kat mak n tahu mak akan lakukan apa sahaja untuk kami.

Alamak lari citer jap ok sambung kisah BF Maisarah bermula di labour room

sila abaikan muka ku yg sememeh giler itu...... dlm labour room 21 sept 09

Selepas Maisarah diberi 30mins oksigen (kerana terbelit tali pusat) akoo berjaya BF Maisarah. Masih dalam 1 jam yang pertama. Nikmat sungguh saat itu walau tidak ku tahu ASI sudah kuar atau belum. Yang pasti pada petang hari yang sama apabila ku picit N** ASI kolostrum sudah keluar.. syukur. Maisarah terhindar dr Jaundis, Habibullah juga terhindar jaundis. Sehingga kini biler pegi klinik aje checkup misi tanya susu apa dengan rasa kembang idung(dlm ati jerlah kan) ku jawab BF.


Hasil tenusu setelah susu establish 2 oct 09 menggunakan pam manual ANAKKU

Semoga akoo berjaya mengharungi liku2 BF ini. Segala citer BF ku akan ku kongsi di 'belog' ini ;)

Nota ; gambar menggunakan HP haruslah tidak menarik rupanya

No comments:

Post a Comment