Kengkawan Saya

Thursday, October 1, 2009

Emak Yang Ku Sayang

Jangan terkejut ya kengkawan. Nih auto-publish sajer.. kenapa pilih tarikh ini untuk tajuk ini? Sebab ini tarikh due for 2nd bb nih... dan khas ditujukan buat mak dalam mengenang pengorbanan mak selama ini. Tak terbalas ku poon x pasti adakah terawal or terawal bb nih lahir coz klu ikut tarikh period due jatuh pada 21 September 2009. Apa2 poon kene tunggu bler ku sudah abis cuti hehe

Kenapa Mak Saya Adalah Idola Saya

ros Masa arwah abah sakit mak baru berusia 26 tahun dan adik pula dlm 2thn++. Mak menjaga abah dengan penuh kasih sayang sehingga abah meninggal dunia semasa akoo dalam tingkatan 1 (Kak Long Dayah (yaya) ingat lagi x masa kt bilik guru kt smps dulu?)

ros Emak tabah menghadapi cemuhan, cacian orang sekeliling dan mereka yang berhati cabang semasa menjaga abah.

ros Emak sempat bekerja di ladang koko dan buat nasi lemak serta kacang goreng dlm bungkusan2 kecil semasa abah boleh berjalan sekejap (menggunakan tongkat), untuk menambah pendapatan

ros Emak sanggup tidak berkahwin sehingga akoo melahirkan Habib dan kami adik beradik sudah dewasa barulah betul2 hati mak terbuka untuk berkahwin lagi. Alhamdulillah pada perkiraan akoo mak bahagia sekarang, mungkin berkat mak yang tabah, Allah menghadiahkan mak suami yang mampu menjaga mak insyaAllah dunia akhirat

ros Walau abah sakit dan kami tidak kaya/mewah masih ada orang yg lebih susah dari kami dan mak masih mampu membantu setakat termampu. Bayangkan mereka adik beradik mkn kelapa yg mereka panjat untuk menahan lapar dan kadang2 mereka minum air sejuk sahaja.

ros Emak bukan jenis yang mengharap duit anak2. Maksud akoo mak tidak akan meminta pd anak setiap bulan atau poon semasa dier susah. Walau mungkin terdetik di dalam hatinya (wallahualam). Malah kalau mak dengar anak2 susah mak akan berusaha sungguh2 untuk membantu. Aduhai Emak...........

ros Emak tidak akan membeza2kan anaknya. Contoh ; angah bg mak duit rm.... aok nih ntahlah.... atau adik mak bagi/beli nih aok xyah lah yer. Mak bukan begitu. Apa yang mak ada akan diberi sama rata baik kasih sayang atau perkara lain cuma dalam pelbagai cara. Tapi pada akoo ianya tetap mempunyai makna yang sama

ros Sejak kecik mak akan usaha menunaikan permintaan kami adk beradik dgn cara yg berbeza tetapi hampir sama. contohnya; kitaorg mmg teringin sangat mainan 'playdough', mak akan gantikan dengan membeli tanah liat yang berwarna-warni untuk kami. 'playdough' kan berasaskan tanah liat.

Akoo tau di luar sana ramai ibu2 yang hebat2. Akoo bukan nak menunjuk2 sangat tetapi biarlah tulisan ini menjadi kenang-kenangan dan motivasi kepada akoo di kemudian hari.

psst; Tambahlah perisa. Nanti bleh ku baca heheh. Jom Kongsi2 pengalaman anda juga. Ngah sambung klu ada yg akoo luper

Tuesday, September 29, 2009

Adiah Contest Untaian Kalimah Ramadhan

sengihnampakgigiNik, adiah mu anto ku sudah dapat tp of cos sampi kt ofc adinda ku itu. dengan gigihnya angah tolong akoo snap gambo2 n send kt ku via ym. oops luper dsebabkan ini auto publish jadi nk ckp adiah trima pada 17/9/09 dlm kul 12 lebih.senyumkenyit
Sepasang baju n stoking go green.......
Bantal Fiffy yg ku sokka
Kad poon ada...... nampaknya esok br ku dpt dr angah (18/9/09). x saba nih

gelang chantekk untuk dipakai d pagi raya. sejak mengandung nih akoo x sokka pakai brg emas jadi gelang ini adalah galang gantinya... sonot sonot





sengihnampakgigiTima kasih Nik, ku sonot bangat.senyumkenyit

Monday, September 28, 2009

Masalah Susu Ibu

Ini bukan masalah akoo sebab masa n3 nih dtulis akoo blom lagi bersalin. Ini juga masalah yg akoo dpt drpd seseorg d luar sana

1) si dia menggunakan elektrik pam. pastu dier demam. (mungkin bkn sekali) jadi dier stop guna pump cuma perah guna tangan d tempat keje. Itupoon cuma 1x d tempat keje? apakah nasihat yang sepatutnya diberi kpd c dia. Sekarang dier cuma BF waktu mlm n waktu keje d beri FM.

2) C kakak pula mengalami masalah bb x mau EBM. end up poon kasi FM. Ada solution x?

harap sesiapa sahaja sudi membantu. Mana tahu akan terjadi kepada saya. mintak dijauhkan. Ya allah moga dipermudahkan jalan ke arah memeberi susu ibu kepada anak2ku

Friday, September 25, 2009

Yaya(Miracle Yaya) Sudah Ada Baby

Salam semua... saja mahu hebahkan berita gembira... yaya (kawan skolahku aka miracle yaya n magicshawl) sudah bersalin dapat bb gal. dier bersalin x silap 17/9/09 saja ku auto publish hari ini sebab inilah due date dier yg sebenarnya. Gambar n details biarlah tuan punyer badan yg bercerita kan. Lagipoon dier d Kuantan rasanya ku poon x sempat nk melawat kerana sedang tunggu masa jer nih silap2 masa citer nih publish sudah poon akoo meletup.

Semoga semuanya dalam keadaan selamat dan sempurna

Tahniah Kak Long for the first baby

Sunday, September 20, 2009

Persiapan Raya 09 / 1430H

Seperti tahun2 sebelum nih mmg persiapan raya kami sekeluarga tidak besar2an. Tiada langsir baru, perabot baru setiap tahun. Yang ada cuma sepasang dua baju raya n sedikit kuih raya. Cukuplah kan sekadarnya saja. Pada tahun ini persiapan kami lebih tertumpu pada Habib dan c kecil di dalam perut ini. Tahun nih bebetul tiada pakaian baru untuk kami suami isteri tapi x taulah plak klu last minute tetiba terasa nk g beli baju raya hahaha. Tapi akoo dh ada 2 helai shawl raya weeeeeeee. Tapi untuk Habib n Bakal adik Habib tetap ada. Alhamdulillah. Kuih poon akoo baru beli 1 jenis n sedikit kerepek n kacang2 yg turut d beli sahaja. Sekarang akoo semakin tidak larat. sahur poon dah 3 hari rasanya en Nuar mkn apa saja yg ada d dapur kami. ishhhhh teruknya akoo kesian en Nuar. Akoo poon lebih kepada menghitung hari sebenarnya. Seronok nk raya tambahan gilirang akoo kan *wink* tp tu lah hati berbelah bahagi. kang sonot sgt tetiba dh kene pantang. tengok jerlah org mkn kan. hehe

Saturday, September 19, 2009

Susu Ibu - Edisi sebelum ku bersalin

Nampak sekali cam senang kan nk BF anak. anak nk susah tu kan semulajadi. Kan kan.... tapi sebenarnya itu adalah salah......... Bak kata pepatah akoo 'ada tv tapi x tau nak buka/on' hehe... bleh k camtu?? blasah ajerlah labuuuu

Dalam minggu2 terakhir nih akoo lebihkan membaca dan menggali ilmu BF (walau ku tahu sumer tu x penah cukup) alamak keje ofc byk nih, tapiiiiiiiiii shhhhhhhhh. insyaAllah akoo cuba siapkan ari nih... caiyok! caiyok!

Istilah dalam Susu Ibu yang perlu ku tahu

SI = Susu Ibu
BM = Breast Milk
EBM = Express Breast Milk
BF = Breastfeeding
EP = Exclusive Pumping
BP = Breast Pump (S3=spectra3, Medela FS = Medela Freestyle)
Liner = plastic simpan susu

Akoo cuba senaraikan apa yang penting untuk ku ingat / simpan n amalkan

ros Jenis2 BM
star Cara2 penyimpanan EBM (1 door, 2 door, deep freezer, Suhu Bilik)
ros Cara2 panaskan n memberi EBM kpd bb
star Cara2 penyususan yang betul (lekapan n jangkamasa)
ros Cara2 pengepaman yg betul (lekapan n jangkamasa)
star Masalah n cara mengatasi apabila susu merudum
ros Kenalpasti jumlah penyusuan anak anda untuk setiap sesi
star Jenis2 pam yg efektif utk ibu yg bekerja
ros Penyakit n kepentingan BF
star Kepentingan SI utk 1 jam pertama n EBF/EP at least for 6 month (semoga Allah mempermudahkan urusan ini sehingga sekurang2nya k 3 tahun
ros Tanderm Nursing (ku juga berniat agar EBM ku juga cukup utk Habib n bakal adik Habib, sharing is caring kenyit)

psst : Kaunselor n BF n EP tegar betul k ni? Or harus di tokok tambah n dibetulkan di mana2?? Pos ini dtulis pada 17/9/09

Friday, September 18, 2009

Akhirnya Impian Jadi Kenyataan

Wahhh akhirnya misi mahu klua berjalan2 ku berjaya. Mlm td akoo bisa memujuk en Nuar weeeeeeeee dengan amaran jangan jalan banyak sangat. Nih sumer bkn aper sbb takut sgt x sempat sampai kg hehehe. Apalagi kiter serbu JJ Sban 2 utk cari slua n stoking Habib. Cuma stoking jer yg berjaya - 2 pasang stoking Batman yg Habib pilih sendiri......

Misi mencari slua tidak berjaya kerana x banyak pilihan n pilihan yg ada tdk memenuhi selera en Nuar. Jadi x yah beli lg bagus. Habib pakai jerlah slua mana yg ada n elok lg. nih sebenarnya bkn baju raya yg pertama. jadi xperlah. Janji sblm nih mmg dh beli sepasang ini cuma acara menambah koleksi. Kasut Ben10 poon Habib dh dapat. siap berliplap lagi. Malam td dok menerai lah kasut n stoking dier tuh. Akoo sonot tgk habib yg sonot. Yerlah kan raya nih sebenarnya lebih untuk budak2 bergembira ;)

Selamat Hari Raya Semua

Maaf Zahir Batin

psst : Malam nih bertolak balik Pahang. Semoga perjalanan kami selamat dan dirahmati Allah

Thursday, September 17, 2009

Tak Payah Jalan-jalan

Huh... x yah jalan2. Ada k patut. Ini gara2 kes kontraksi ku ari isnin yg lepas d n3 ini. Ku ajak k mana2 poon en Nuar tanya nak buat apa? Nak beli apa? alahaiiiiiiiii kat Seremban Pasar Malam d Ampangan adalah sangat meriah. kalau malam raya lg best sampi kul 5-6 pagi x silap akoo. Orang tetap berpusu2. Sebab akoo penah pegi masa mengandungkan Habib(tapi masa tu xlah sarat cam sekarang ni hehe) Kat depan umah akoo poon ada, tahun nih nampaknya tambah meriah coz lagi besar n Casa Moda poon buat offer giler2 utk deme nyer karpet. Tapi apakan daya en Nuar dah kata x ayah pegi. D bebelnya akoo x henti2. Ayat power en Nuar "Ha nanti pepehal susah , x sempat blk kg kang" Jadi terpaksalah akoo paksarela redho ajer dok kt umah sambil2 terkebil2 tgk Angah merayap k sana k marinangih. Nasib lah akoo sopping online x d bebelnya hahaha. Hari nih dah genap 38minggu waa bler2 saja nih. operasi ku skang nih adalah memujuk c anak d dalam perut ku supaya keluar selepas ku selamat sampai d kampung. "anak mummy abah, sabar dulu yer. Nanti dah sampai umah Nek Wan baru kuar yer" Hehe bleh k camtu??? akoo harap paling kurang biarlah akoo sampai kt kg dulu sekurang2nya bleh tak klu sampai raya pertama, sebab nk rasa masakan pg raya lah hahaha. Sekarang ku masih menanti kalau2 ada bonus atau duit raya dr bos. Esoklah countdownnyer, klu ada rezeki Alhamdulillah dapatlah ku nk beli set sendayu tinggi itu klu xder poon redho jerlah kan.......senyumkenyit

Wednesday, September 16, 2009

Petua Murah Rezeki

Akoo bukan nak berbicara macam ku terel sangat tapi sekadar perkongsian buat semua.

Sebenarnya ku dapat dari email bapak saudaraku. Inilah petua yang paling ku ingat dan amalkan(kekadang miss gak lah)

starsetiap hari berdoalah untuk ibu bapa tidak kira samada masih hidup atau poon sudah tiada. Petua ini memang menjadi. Takdelah sampai rezeki/duit dtg berguni2 tetapi adalah rezeki itu Alhamdulillah. Satu lagi janganlah berdoa sekadar ingat nk rezeki ajer yer. Mestilah ikhlas untuk ibu bapa tercinta. Alamak akoo tetiba sebak dan rindu ingat mak dan arwah abah. rindu abahhhhh walau rasa kasih sayangnya seketika cuma

Ini pula petua dari mak tersayang

starJangan cakap kiter xder duit. walau sedikit ia tetap duit lebih elok/manis berkata seperti "duit tu ada, tapi/cukuplah nak makan/pakai/ untuk kegunaan....." Sebab rezeki Allah tu kan sentiasa ada. X percaya? Habis tu camner kiter masih mampu makan sekurang2nya.....

Ini pula apa yang selalu akoo fikirkan/ayat untuk sedapkan hati serta pemberi semangat

starMesti ada rezeki lepas Ni. Rezeki ada di mana2. Jangan Risau. Tapi jangan plak dok diam mengharap jer kan usahalah yg termampu dalam apa cara sekali pun. Jangan buat benda haram sudah

Semoga kita sama2 dapat manfaat dari pengkongsian kecilku ini.

Monday, September 14, 2009

Ohh Rasanya

Tadi g bank tlg angah bin duit mak pastu g 7e membeli roti n chochelet(gaya habibpeace). Blk ofc mkn pastu akoo rasa penatttnyerrrrrr, fatigue lerrrrrrrr sampai la ni....... uuuuuuu. Dada poon berdebar2 ya allah semoga akoo sempatlah balik kg. Brg2 bakal adik Habib kiranya dh beres tinggal brg mummy jer lagi. Ingat balik nih nk ajak en Nuar g cari stoking jari2 tuuuuuuu, bengkung n sendayu tinggi nk kene tunggu bonus. Ada k bonus erk??fikir xperlah akoo berangan jer dulu. Moga2 adalah hendaknya. Kasut raya Habib mungkin beli Ben10 sebab Habib skang tgh addict ngan Ben10. Klu bleh smlm dier ckp kopiah poon nak kopiah Ben10 bolehhhhhh????gelakguling