Kengkawan Saya

Monday, August 3, 2009

Persoalan Susu Ibu

akoo nak berkongsi persoalan n jawapan yg akoo dpt tentang susu ibu. kalau kengkawan nk lebih info mari tengok blog Kak Nieza- salah seorang kaunselor laktasi di Malaysia

1) Saya dapat tahu anak yang baru lahir boleh bertahan selama 24 jam tanpa apa2 makanan/susu ibu. Boleh jelaskan.

apabila saya memberitahu info ini kepada suami dia berkata “betul ke boleh bertahan? macam mana kalau dia menangis? macam mana kalau apa2 terjadi kepada anak itu? awak berani nak tanggung?” uhhhhhhhhh waktu itu hati saya sangat sedih… dia menambah lagi isteri rakannya melahirkan bayi kembar awal bulan ini dan dimasukkan k NICU dan dr memberikan susu lain selain drpd susu ibu kpd anak itu. Bagaimana tu? Adakah dr takut akan berlaku apa2 yang tidak baik kepada bayi2 itu? adakah semua bayi boleh bertahan sehingga 24 jam. Jika dalam 24 jam susu masih belum keluar bagaimana caranya? saya sangat berharap untuk tidak memberi sesuatu yang lain selain dari susu saya. Bolehkah saya merangsang pengeluaran susu saya lebih awal?

Saya mendapat info baru di sini… saya tidak pernah mendengar/membaca mengenai bayi boleh bertahan 24 jam selepas dilahirkan. Namun jika benar info ini, ianya tidak mustahil (ada bayi yg dibuang bertahan hidup dlm gelap dan sejuk mlm… subhanallah). Barangkali bekalan makanan yg diperolehi melalui plasenta ibunya ketika dia dlm kandungan mencukupi untuknya bertahan.
Bayi menangis tidak semestinya lapar. Dia mungkin rasa tidak selesa dgn “dunia” barunya. 9 bulan dia berada di dlm “dakapan” ibunya, jadi tangisannya itu mungkin signal bahawa dia mahu didakap agar dia dpt merasa selamat spt di dlm kandungan.
Susu ibu yg dihasilkan pada 1-3 hari pertama hanyalah kolostrum yg kuantitinya hanya beberapa sudu sahaja tetapi itu mencukupi utk saiz perutnya yg hanya sebesar sebiji guli. Ibu jgn terlalu risau bayi menangis kelaparan. Juga jangan risau jika hanya melihat cecair pekat kekuningan saja yg dihasilkan pada 3 hari pertama dan tiada susu melimpah ruah. Ini memang semula jadi. Itulah kolostrum, makanan terbaik utk bayi yg hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayatnya.
Baca info tentang amalan hospital rakan bayi tentang prosedur penyusuan ibu selepas kelahiran yg boleh merangsang penghasilan susu ibu. Baca di sini. Jika bayi dimasukkan ke wad kerana pramatang, jaundis atau lain-lain komplikasi, susu ibu adalah pilihan terbaik utk bayi itu. Susu ibu menyebabkan bayi pramatang mencapai pertumbuhan positifnya, mempercepatkan penyembuhan jaundis atau mengelakkan jaundis berlarutan dan menjadi “ubat” utk penyakit lain juga. Percayalah! Bayi baru lahir hanya perlukan susu ibu, dakapan dan kasih sayang.
Bolehkah merangsang pengeluaran susu ibu di akhir kehamilan? Ya boleh. Sekali sehari ibu boleh mengentel atau merangsang puting payudara sambil membersihkan liang-liangnya. Tetapi dinasihatkan memadai hanya 1 kali sahaja sehari dlm bulan terakhir. (Rangsangan berlebihan mungkin boleh mencetuskan kontraksi pula).

2) Saya juga dapat tahu sehingga bayi berusia 6 bulan tidak perlu ada makanan lain selain susu ibu. Boleh jelaskan
suami saya juga berkata “bagaimana jika bayi itu ternganga seperti minta disuapkan sesuatu terutama apabila melihat orang lain makan?” perkara ini selalu terjadi dan khususnya/terutamanya orang2 yg lebih tua akan menghulurkan makanan/minuman lain dengan alasan kasihan melihat bayi itu ternganga meminta makanan. Perkara ini memang telah terjadi kepada saya, nampak mudah tapi sangat sukar menanganinya terutamanya kepada org lebih tua dan kadangkala ianya berlaku secara spontan serta di tengah2 orang ramai di sekeliling kita? uhhhhhhhhhhhhhh saya sangat susah hati.

Benar… bayi 6 bulan ke bawah tidak perlukan makanan lain (termasuk air masak!). Hanya susu ibu sahaja. Inilah yg dikenali sebagai “penyusuan eksklusif”. Sebabnya, susu ibu sudah memadai utk memberikan semua nutrien yg diperlukan oleh bayi pada usia itu. (Malah ada yg meneruskan penyusuan eksklusif sehingga 2 tahun! Tidak mustahil.)
Pemberian air lain boleh memberikan kesan negatif kepada bayi seperti meningkatkan risiko jangkitan, menyebabkan keracunan air, dan meningkatkan risiko kurang zat makanan. Baca seterusnya di sini.
Bayi ternganga-nganga bukan bermakna lapar atau nak minta makan apa yg org dewasa sedang makan. Bayi tidak kenal makanan atau minuman pun, itu hanyalah respon positifnya terhadap benda dan persekitarannya. Jika disuapkan makanan/minuman, memanglah dia akan makan sebagai tindak balas spontannya. Ini menunjukkan dia bayi yg sihat kerana bertindak balas terhadap persekitaran. Tetapi makanan tidak diperlukan dlm usianya 6 bulan ke bawah. Sistem pencernaannya masih belum matang utk mencernakan makanan yg kompleks.
Harap penjelasan saya dapat membantu.

harap2 info yang saya dapat ini dapat membantu anda juga............

No comments:

Post a Comment