Kengkawan Saya

Tuesday, December 8, 2009

Blues di Pagi Hari

Sedih2

Bila ku baca cerita2 sedih mereka di luar sana. Bagaimana menghadapi keluarga yang ditimpa musibah. Anak sakit, Pengasuh yang cuai, penyakit kronik...... urgh sungguh ku tak tahan. Sensitif betul rasanya. Mungkin sebab ku punya anak dan membayangkan jika aku di tempat mereka. Kuat kah aku? Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh anak2 kecil itu dan menjadi penyelamat untuk kedua ibu bapa mereka di akhirat kelak. Semoga ibu bapa mereka menjadi tabah dan sentiasa di dalam rahmat Nya. Nasib lah mejaku tersorok ke belakang, ku menangis pun tak siapa nampak. Kadang2 bila ku ditimpa masalah, ku rasa ya Allah besarnya dugaan mu. Tapi bila ku baca kisah mereka2 ini ku rasa apa yang berlaku hanya secebis dugaan cuma. Jadi, usahlah mengeluh... kerana di luar sana masih banyak kisah yang tragis, dugaan yang hebat, cerita yang sedih.

Insaflah (untuk aku. pause. termenung kejap)

2 comments:

  1. kadang2 kita rasa, kita susah. tetapi sebenarnya di luar sana, ada lagi insan lebih susah hidupnya daripada kita.

    allah tahu apa yang terbaik buat kita...

    ReplyDelete
  2. ibu emy efy eqy ; BETUL sangat2. Kadang2 rasa kita tiada kawan dan terbuang tetapi kita ramai kawan maya ;)

    ReplyDelete