Kengkawan Saya

Thursday, December 10, 2009

Susu Ibu dan Pam Susu

Sudah 2.5 akoo BF seusia dengan Maisarah untuk 2nd batch ini. First batch adalah Habib tapi ku terkandas di tengah jalan. Berkat ku cari ilmu di dalam internet dan diberikan hidayah oleh Nya ku bertekad untuk susukan anak ke2 ku ini dengan susu ku. Ku berdoa semoga impian ini berjaya hingga 2 tahun sekurang2nya. Jom jengah BP yang ku guna ;



1) Pam Manual Anakku. rupa dia lebih kurang cam kat gambar atas. Gambar hasil dari GOOGLE. Rupa pam dan warna kotak ada lain sket lah. Pam jenama inilah yang ku guna sepanjang ku ber'fantang'. Sangat berjasa. Masih ku simpan dan ku tetap sayang. Tapi lama kelamaan 'suction' nya semakin lemah dan ianya single pumping jadi akan mengambil masa yang agak panjang untuk ku mengepam di pejabat. Satu lagi bila manual tu yang tangan akan ala2 lenguh. Hehe... tapi ku tetap sayang kamu. Ku akan guna kamu lagi jangan merajuk wahai 'Mr Pump 1'



2) Ini 'Mr Pump 2', Spectra 3 kesayangan ku. Ku beli second hand aja. Kebetulan kakak kawan ku nak jual RM350 ( dbl pumping + 1 big cooler bag + 1 small cooler bag + 3pcs bottle + 1pair xtra for wide neck bottle) padaku dah cukup murah ngan budget yg ada, diulangi inilah budget yang ada ya kengkawan. Menurut kawanku, kakaknya hanya guna dlm 2bulan sebab lepas tu anak dia dah tak mahu SI. Hmmm pelik gak kan, mungkin anaknya dah disuakan dengan FM kot. Agaknyalah..hishh jangan prasangka tak baik. Ok kemudian S3 itu diperturunkan kepada kawanku. Tapi lagi sekali sesuatu terjadi, setiap kali kawanku itu mengepam dia akan DEMAM. Wahh ini pun first time dengar nih. Itulah senang cerita, tidak semua BP sesuai untuk semua orang. Cara terbaik sebelum membeli pergila ke kedai dan test drive kan. Minta khidmat nasihat tokei kedai. Hehehe. Cewah siap nasihat tapi ku ni plak main terjah jer beli weiii. Maklumlah kat Seremban takde jual (cuma baru2 ni jer ku dapat satu online shop kat Seremban nih) Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku kat aku selama ku guna S3 ini. Semoga semuanya berjalan lancar (cuak gak coz warranty tarak wei) Lagi ku baca di blog diyaluna tulis kene servis setiap 3 bulan. Ohhh silap2 ku minta en Nuar sahaja yang servis, almaklumlah ku bukan selalu ke KL nun (cam jauh benar bunyinya hahaha) Takpe Pn Sue, nanti masa kelas penyusuan Seremban akan ku tanya banyak2 pasal S3 ini.

Inilah corong dan filter nya. Satu dah terpasang dan satu lagi masih bogel baru lepas basuh

Gigih angah amik gambo ku mengepam kat rumah. Dia beria suruh ku hudpdate di sini. Angah juga antara penyokong BF ku


loveHappy breastfeeding Mommieslove






Nota; nanti ku hupdate cara ku simpan EBM dan gadgetnya juga


No comments:

Post a Comment