Kengkawan Saya

Monday, January 11, 2010

Berapa Banyak EBM yang perlu dibekalkan kepada pengasuh

Cara ku bekalkan EBM kepada pengasuh. Panduan buat kengkawan. Mengikut kesesuaian kengkawan yer

Masa Sarah umur 2bulan yakni masa saya naik kerja Sarah minum 2oz. Selepas 2 minggu Sarah minum 3oz. Macam mana saya tahu? Saya selalu bertanya kepada pengasuh. Kat rumah Sarah sepenuhnya BF jadi EBM2 itu menjadi hiasan di dalam peti sejuk ku semoga ianya berterusan begitu


biasanya 5 botol EBM 3oz sudah cukup. Ku selalu bekalkan 6 botol. EBM yang lebih ditinggalkan kat rumah pengasuh sebab pengasuh yang minta camtu. Kecuali nak cuti panjang ku akan bawa balik untuk dijadikan stok frozen (FEBM)

Sekarang fresh EBM tak berapa banyak dan kerap ku sertakan dengan frozen yang kucairkan seperti ini.Letakkah di dalam cawan yang berisi air dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk di bahagian biasa. Jika FEBM di dalam botol lebih lambat cair berbanding di dalam plastik. Cadangan; frozen kan EBM di dalam plastik

Ku tak letakkan dalam botol siap2 FEBM sebab di rumah pengasuh memang ada botol kosong exkstra.

Maaf sebab ku tak label kan di botol2 itu EBM yang patut diberi dahulu. Sebab pengasuh akak memberi EBM mengikut tarikh. Dimulakan tarikh yang paling lama dan aku juga beritahu ada FEBM dalam plastik dan FEBM adalah tarikh yang paling lama .

Letakkan EBM di dalam bekas seperti ini jika tidak tumpangkan EBM di dalam peti sejuk pengasuh dan hendaklah disertakan dengan Ice pack / Ais yang mencukupi.

Jika tumpang di dalam peti sejuk pengasuh dicadangkan ditelakkan di dalam bekas begini supaya tidak bercampur dengan barang2 peribadi pengasuhsemoga n3 ini membantu kengkawan

pst; saya amat menggalakkan dan mencadangkan kengkawan untuk pergi ke kelas2 penyusuan kerana di sana anda bertemu dengan kaunselor laktasi secara terus dan banyak info yang boleh didapati serta boleh bertanya terus serta dapat bertemu kengkawan lain yang seperjuangan. Pelbagai pengalaman boleh dikutip

No comments:

Post a Comment