Kengkawan Saya

Friday, May 7, 2010

Susu Ibu Dulu dan Sekarang

Kalau susu ibu takde boleh bagi susu formula.............. itulah mindset yang biasa kan. Dulu aku pun sama jer fikirkan benda ni.

Tapi sekarang aku CUMA fikir susu aku mesti ada. Walau waktu tu penghasilannya agak merudum. Aku tetap kuatkan semangat dan berkata susu aku ada, banyak, cukup untuk Sarah pastu dok berangan2 alangkah seronok kalau dapat susukan anak orang lain. Hahahahahah. Itulah motivasi yang aku ada sepanjang BF nih. Stok dalam peti ais memang sikit sangat. Sebulan tak sampai 10 paket pun. Selalunya kalau ada 5 paket sebulan dah cukup bagus. Aku selalu berkata dalam hati susu aku banyak. Cukup untuk Sarah. Kalau hasil kurang mula2 aku risau lepas tu aku cakap semula inilah rezeki untuk Sarah. Mesti cukup. Alhamdulillah. Apa yang nak aku tekankan di sini jangan sesekali fikirkan ketiadaan susu anda. Fikirkan positif sahaja.

Mmmmm selalu juga aku fikir zaman dulu kalau xder susu apa diaorg bagi anak diaorang minum? atau diaorang tak pernah fikir pasal takde susu? Ini merujuk pada zaman sebelum 'omputih' memperkenalkan susu formula kepada orang kita. Mungkinkah diaorang bagi "santan kelapa muda" macam dalam lagu? Pernah juga akoo dengar orang yang daif bagi anak mereka minum air beras(air nasi), susu pekat manis yang dibancuh. Hmmmmmm zaman dulu kalau ibu nya sakit anak minum susu apa? Hmmmm kalaulah dari dulu orang kita pandai mendokumentasi semua ini kan bagus, boleh buat kajian.

Tapi zaman sekarang, belum jer lahir anak, ibu dah fikir kalau takde susu bagi jerlah susu formula


yang merepek di petang hari sambil menunggu sang suami hehehe ;

2 comments:

  1. -menyibuk lg di sini-

    zaman dahulu, rsnya mana ade kes baby obesiti.. tp skrg walaupun full bf masih obesiti. kan..kan.. kdg2 terpikir jg graph tumbesaran bb tu betul ke ye? sbb both anak2 ku semua line kuning je.. dlm otak n hati ku pikir mcm2. Tp entry ini sgt melegakan ku. Bak kata puan punyer, rezeki.. susu ibu yg byk @ sikit itu rezeki allah utk anak kita.. sgt lega bila fikir begitu. Letih dh asyik meneguk soya hari2 setahun dh ni, sbb nk byk susu.. tp skrg ku perasan, kuantiti susu ku jg bleh efek dek pusingan hormon la. Kan? Opps, jgn tanya bb ku minum brape oz, sbb tk pernah sukat.. semua direct bf. Aktif walaupun kurus. Hehehe. Puan Punyer, confident sgt ke ku neh?

    ReplyDelete
  2. Salam Neyhan,

    saya suka dengan semua komen neyhan tau. ada juga baca komen neyhan di blog lain. walau sekarang saya tak dapat nak menulis seperti du (sangat rindu untuk menulis :) )

    Sarah pun graf nya cukup2 makan siap misi ckp kak, x cantik graf nih. mak pun kene makan banyak nih. saya senyum ajer hehehe. yang penting dia sihat(kita ibu, jadi kita lebih peka perkembangan anak kan). Sarah pun kecil molek ajer tapi lasak huhu lebih kurang si abang ajer. asik mengejar n jadi tarzan kat umah.

    yang saya perasan sebenarnya direct feeding dan botol lain. jadi jangan risau. pasti susu itu cukup. ada kajian mengatakan susu ibu cina lebih berkhasiat benbanding melayu sebab mereka kurang makan makanan berminyak. tapi lupa baca kat mana dan wallahualam...

    satu lagi pusingan hormon, emosi sangat mempengaruhi kuantiti susu. kalau tension sangat nk dapat let down susu bukan senang masa mengepam. hehehe.... tapi yakin dan usahalah dengan kuriniaan Allah ini. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

    wah panjang betul jawapan komen cam n3 hahaha. sebenarnya kemaruk betul nak menulis hehehe... sebenarnya tak habis lagi nih. hehehe

    ReplyDelete