Kengkawan Saya

Monday, July 12, 2010

cURI bELOG

Hoho ada sesapa rindu kat aku k erk??? ehehehe inilah waktu akoo mencuri2 ber'belog' heheheh

esok pagi belajr keje dan rabu jumpa abang2 macho yang kadang2 misai lentik untukdi test wakaka.. Dengan 'rendah' diri yang dah sedia rendah nih mewar2 kan ini adalah re'test' yg K-3. Teruk giler. Skang malas nak citer, nanti baru citer :)

Friday, May 7, 2010

Susu Ibu Dulu dan Sekarang

Kalau susu ibu takde boleh bagi susu formula.............. itulah mindset yang biasa kan. Dulu aku pun sama jer fikirkan benda ni.

Tapi sekarang aku CUMA fikir susu aku mesti ada. Walau waktu tu penghasilannya agak merudum. Aku tetap kuatkan semangat dan berkata susu aku ada, banyak, cukup untuk Sarah pastu dok berangan2 alangkah seronok kalau dapat susukan anak orang lain. Hahahahahah. Itulah motivasi yang aku ada sepanjang BF nih. Stok dalam peti ais memang sikit sangat. Sebulan tak sampai 10 paket pun. Selalunya kalau ada 5 paket sebulan dah cukup bagus. Aku selalu berkata dalam hati susu aku banyak. Cukup untuk Sarah. Kalau hasil kurang mula2 aku risau lepas tu aku cakap semula inilah rezeki untuk Sarah. Mesti cukup. Alhamdulillah. Apa yang nak aku tekankan di sini jangan sesekali fikirkan ketiadaan susu anda. Fikirkan positif sahaja.

Mmmmm selalu juga aku fikir zaman dulu kalau xder susu apa diaorg bagi anak diaorang minum? atau diaorang tak pernah fikir pasal takde susu? Ini merujuk pada zaman sebelum 'omputih' memperkenalkan susu formula kepada orang kita. Mungkinkah diaorang bagi "santan kelapa muda" macam dalam lagu? Pernah juga akoo dengar orang yang daif bagi anak mereka minum air beras(air nasi), susu pekat manis yang dibancuh. Hmmmmmm zaman dulu kalau ibu nya sakit anak minum susu apa? Hmmmm kalaulah dari dulu orang kita pandai mendokumentasi semua ini kan bagus, boleh buat kajian.

Tapi zaman sekarang, belum jer lahir anak, ibu dah fikir kalau takde susu bagi jerlah susu formula


yang merepek di petang hari sambil menunggu sang suami hehehe ;

Monday, April 19, 2010

Cloth Pad 01




Semenjak ber CD hatiku dah terbuka untuk berCP. Sebabnya Mama Patch wat sale gila2. Apalagi rembat sebelum kehabisan kan. Hasilnya tara

3pcs pantyliner

Kiri; regular cloth pad - flannel

Kanan; regular cloth pad - fleece

1st Impression;
1) sangat chantekkkkkkkkk
2) ku memang suka fleece - tp beli satu jer sbb mahai hehehe

Pengalaman pertama menggunakan modern cloth pantyliner
1) tiada perasaan - maksudnya cam tak pakai ajer sebab kain kan - perasaan cam biasa je lah, tidak mengganggu maksudku.
2) aku bukan jenis berpantyliner jadi memang suka lah kan. sebab tak payah nak 'bekerja ngan gam/pelekat dibawah liner kan' - penggunaan snap button
3) Tiada apa nak dibuang dalam tong sampah. Kalau tak pelekat n 'envelope liner" tu nak kene buang. pas dah guna pun liner nak dibuang. Jadi tiada sampah kan. thumbs up
4) suka kalau pegi jalan2 or di pejabat tak perlu bawa ekstra liner sebab bleh guna yang sama cuma terbalik kan aja dan snap. selesai

Cadangan;
1) Ku suka kalau liner nih dipanjangkan dalam 2 inci gitu hehehe


Oleh sebab bendera merah belum datang. Jadi cloth pad itu sebagai simpanan hehehe. Persediaan sebab mamapatch kan baru first time buat offer lepas nih belum tau bila kan kan. Lebih baik rembat cepat2 sebelum terlepas. Tapi kengkawan itu sale sudah tarak ya. harap maklum. Nampaknya lambat lagilah nak review 'pad' nya itu

mari kita berusaha ke arah menyelamatkan bumi. im not perfect but i'm trying.......

pst; product cloth pad akan ada di e-store kami... tunguuuuuuuuuu dalam sehari dua nih akan diwar2kan

Saturday, April 10, 2010

Potong Kuku

Inilah catatan peribadiku untuk ku kenang. Ewahhh cam bagus jer... Takperlah ini untuk dijadikan ingatan ku di masa depan

Dah lama betull ku dok perati kuku atukk.. sikit nyer lama. Terpikir gak, takde sesaper ke nak volunteer potongkan. Sampailan malam nih ku terus cakap kat atuk "Tuk, meh saya potongkan kuku atuk ya" Atuk cakap"tak yahlah, atuk kencing manis kang luka" lebih kurang gitulah. Ooooo dalam hati 'patutlah takde saper potong, rupanya atuk takut'. Pastu ku cakaplah "takper saya potong tak kene daging. Kalau sakit atuk cakap ya" Pastu dia redha jer aku potong.. hehehe misi berjaya. sarah bagi en Nuar pegang, misi pun bermula. Nenek bawa bubur atuk terkejut tengok aku potong kuku atuk. "Ooooo Za boleh engkau potong kuku atuk ya. Orang lain tak dapat tu." Patutlah atuk takut potong kuku rupanya ada daging2 atuk yang melekat ngan kuku sekali. Tu yang atuk takut sangat. Alhamdulillah, kaki ngan tangan setel... Aku bagitau atuk dan nenek, "Nanti tiap2 minggu saya datang potong kuku atuk ya"

Sebenarnya atuk en Nuar nih sekarang dah semakin uzur. Macam2 sakit.... Nak tulis pun panjang sangat. Cukuplah sekadar ini aje yang termampu aku buat untuk atuk.

Jangan sangka apa2, bukan untuk menunjuk aku bagus. Sekadar aku nak jadikan ini kenangan peribadi ku sahaja :)

Saturday, April 3, 2010

Anak Menyusahkan

Mesti sentap hati ibu2 yang tegar bersama keluarga dan anak2...... rileks ok.....

Sebenarnya aku pernah ditanya soalan nih oleh seorang rakanku"Kak, bila anak start tidak menyusahkan?" urghhh memang sentap beb dengar. Ok jom aku cerita tentang aku

Saat aku tengah tulis post nih pun anak2 ada di sekitarku. Sarah yang sejak dah pakar merangkak nih (baru dalam seminggu pakar pun) dah sibuk nak memanjat. Dah berapa kali dah terbalik ke belakang. Saat ini juga akoo tengah tunggu bubur Sarah sejuk sikit sebelum blender. Sebab hari nih cuti aku buat resepi baru sikit bubur nasi + brokoli. Nanti ku update dia makan ke tidak. Pagi tadi bubur/puree lobak merah + brokoli huhu laju si kecik nih makan, pastu gombeng susu dan zzzzzzzz alhamdulillah. tu pagi tadi. Habib Plak tengah main2 ngan raket yang mama dia beli dan kekadang main dengan adik juga. Kadang2 sampai jadi tarzanlah nak suruh dia layan adik dia. Orang dah besar kan jadi suka main cara dia lah... errrrrrr dah melalut jauh nih..........

Jom sambung cerita anak tu menyusahkan ke????? Aku rasa seperti mustahil jika ada ibu bapa yang cakap TAK PENAT LANGSUNG jaga anak nih. Hmmmm atau mungkin mereka mempunyai pembantu yang sehingga punya banyak masa untuk diri sendiri. Aku mengaku adakalanya memang penat walhal memang selalu penat. TAPI, semua tu terubat apabila melihat anak2 di depan mata sihat, gembira bermain, sakit juga di depan mata. Bertambah gembira bila mereka menyusu dari tubuhku... uhhhhhhhh nikmat yang hanya Allah mengetahui. Nikmat yang ku doakan tidak pernah berakhir. Mungkin ini yang ibu bapa kita rasa sebenarnya.

oops iklan jap... Sarah baru habis makan buburnya... wah selera... sah 'minah sayur' ehehehe

Aku rasa aku lagi susah kalau mereka tidak di depan mata. Bak kata mak masa aku kecik2. "hati asik kat belakang jer..."

Jadi setiap penat lelah tu ada ganjarannya. Aku tak mahu fikirkan yang akan datang.. cukuplah ganjaran di depan mata sekarang ibu yang bahagia, adik2, suami dan anak2. Kesimpulannya anak tidak menyusahkan

Susah atau tidak anak itu kita ibu bapa yang menentukan

salam sayang

Saturday, March 27, 2010

Cerita Negatif Tentang Penyusuan Sepanjang 6 Bulan Ini

Antara cakap2 dan cerita2 negatif yang telah ku hadapi sepanjang 6 bulan ini

1) Anak yang minum susu ibu kenyang lebih lama
susu ibu mudah hadam. jadi bayi akan cepat minta susu lagi. tak percaya; bayi susu ibu lebih kerap poo2.

2) Anak tak lena tidur minum susu ibu
sekali lagi susu ibu kan mudah hadam. rasanya ini kes mak bapak nak tidur sedap malam nih. hehehe. bayi kan suka 'bergayut' sambil dipeluk ibunya, apalagi inilah masanya memberi 'all out'

3) Bagilah anak tu minum air. Kita sendiri pun haus panas2 nih. Dia tak pandai cakap nak air bagilah
adoiyaiiii susu ibu tu dah cukup kandungan air untuk menghilangkan dahaga bayi. bukankah susu ibu adalah makanan dan minuman aing sempurna untuk bayi.. hehe. sebenarnya ku diam saja sambil berdoa janganlah sumbat anak akoo ngan air. dia belum 6 bulan.

4) Mahallah pam susu
terpulang kepada masing2 mahu yang macam mana. bagiku biarlah efektif dan tahan lama dan mnyelesakan kita memakainya serta sesuai dengan ketebalan poket kita. Sekarang kan banyak skim kutu dan skim ansuran, apalagi joinlah. buatlah pesediaan dari awal. seeloknya dari terimister ke3 kandungan dah boleh mula kan... sebaiknya juga cuba dahulu di butik bayi yang menawarkan perkhidmatan percubaan ini kan. Cuba buat kira2, silap haribulan pam susu lagi murah dari beli susu tin tiap2 bulan yang belum tentu tahap zat dan kebersihan susu itu.

5) Akak dalam hospital lagi sembunyi2 bapak dia bawak botol susu sumbat dalam mulut anak. Susah nak kerja bagi susu badan.
Ini lagi masalah. belum apa2 dah mengalah sebelum mencuba. ku diamkan aja. Bak kata Farah Sarakids ada masanya diam itu lebih baik

6) Keluarga aku langsung tak menyokong aku nak susukan anak
Carilah teman yang menyokong kalau semua ahli keluarga tidak menyokong. Sokongan orang sekeliling akan menguatkan semangat kita. Kaunselor laktasi kat Malaysia ini majoriti sangat friendly. dapatkan nasihat mereka.

Inilah antara perkara2 negatif yang aku temui. Ada lagi rasanya tapi aku tak ingat. Tapi kebanyakannya aku lebih suka diam. Sebab kang marah lak diaorang kan. Tapi aku ada sorang kawan yang aku masih belum putus asa berdakwah tentang susu ibu. Hanya Allah dan masa yang menentukan. Aku mengambil kata2 Suraya Lunatot "Anak Kita, Effort Kita"

Friday, March 26, 2010

6 Bulan Sudah

Alhamdulillah sudah 6 bulan usia Sarah. Dah semakin banyak yang dipelajari. Sudah 6 bulan ekslusif susu ibu. syukur... walau ada halangan yang menimpa tetapi kita ibu2 mesti kuat kan?

Hari ini setelah berusia 6 bulan 5 hari aku perkenalkan Sarah dengan makanan pejal yang pertama sedang sibuk aku buat bubur, FIL suap Sarah dengan aiskrim McD. Haaaa ngam2 depan mukaku, Habib terus mengadu atuk bagi adik aiskrim akoo terjerit kecil Yah.. jangan..... adoiyaiiiiiiiii. Bubur pertama Sarah bubur lobak merah + beras buat sendiri. Nampaknya Sarah boleh terima. Alhamdulillah. Orang lain siap beli set pinggan mangkuk untuk anak. Aku guna saja apa yang ada kat dapur heheh
Sarah Dah Pandai Duduk. Topang ngan tangan

Dah pandai merangkak. Dua Langkah bedebek heheh
Dah pandai berebut barang ngan abang long. Siap gigit kaki abang long dia.
Menjelajah serata rumah. Nasib ak kutip dan masuk mulut. Tapi sentiasa pastikan mainan Habib terutamanya yang kecik2 tu takde atas lantai. Ni yang masalah nih, Habib suka sepah barang, bila suruh kemas susah sangat nak kemas dari selembut2nya sampai rotan lah nak suruh dia kemas. Tahap kebersepahan rumah ku jangan cakap lah hahahah

Tabiat terkini meniarap sambil topang dagu hehehe.. aksi paling mahai tuh hahaha
Last but not least Mama aka angah, ayah ngah, adik ngah dan abang long. Tak yah lah cita pasal majlis Angah. Biar dia citer kat blog dia lah kan heheheh
pst; sangat lama nak siap satu post. berejam2 heheh. Baru 2 anak2 kalau lagi ramai tak tahulah hehehehe

Wednesday, March 17, 2010

Aku Tertinggal Emas Permata

Hari ini aku tertinggal benda yang amat penting :( sob sob

Corong2 S3 waaaaaaaaaaaa

jadi apa solution yang ku ada?
Pakailah Tangan

cara pakai tangan sila baca di SINI

ku nak tambah sikit; bila susu dah macam kurang keluar sila cuba picit secara lembut seluruh aerola. Urut dahulu lembut ke bawah dan membulat 'B' kemudian picit. insyaAllah. Sebab kadang2 ada lagi liang2 susu yang belum discover. Dan juga ada liang2 susu yang mengandungi banyak susu.

selamat mencuba.

Jangan stress kalau BP tertinggal. Tangan kan ada. Make it simple...

Sarah dah ada stail baru hisap susu. Tunggu........... ;)

Giliran buat Keje Umah Queen

takkan kosong jer.. harus tepek muka tuan rumah

Keje umah yang bertangguh dekat sebulan........ wokey Queen skang akak jawab yer

1)Where is your cell phone?
atas meja, kat tepi tangan saya

2)Relationship??
udah beranak dua dan seorang suami sahaja ada ke orang yang banyak suami sekaligus??

3)Your hair??
pendek dan curly2 aja

4)Work??
kadang2 ok kadang2 rasa nak bukak company sendiri hahahahaha

5)Your sisters??
sorang my dearest sis n sorang my sil


6)Your dream??
mimpi kaya dan bahagia jadi kenyataan hahaha


7)Your favourite thing??
bunga, ribbon


8)Your favourite drink??
air kelapa best, air masak best hehe apa2 yg best lah


9)Your dream car??
keta 4 pintu yang cun.. klu sebut cun kan berubah2 ikut trend jadi kene tengoklah apa yg aku rasa cantik masa tu

10)Your shoes??
sepasang kasut tak berjenama yang ku lanyak sampai kopak baru ganti yang baru


11)Your fears??
tempat tinggi oops Allah SWT


12)What do you want to be in 10 years??..
Businesswoman yang bermula online bisnes di rumah yang kaya raya dan kaunselor laktasi. amin


13)Who did you hang out with last weekend??
dengan seluruh family sampai MIL pun datang berhempas pulas kenduri adinda terchenta


14)What are you not good at??
Melukis.... memang hampeh


15)One of your wish list items??
saya nak dapat lesen P tahun ini. amin


16)Where you grew up??
Kuantan, Johor, KL, Pahang


17)Last thing you did??
Bercakap dengan ejen pelancongan yang lain


18)What are you wearing??
baju kurung


19)What aren't you wearing??
kasut


20)Your pet??
ikan puyu


21)Your computer??
takda ya ka? hahaha malas nak jawab


22)Your life??..
Simple dimple masih banyak kekurangan



23)Missing??..
Bekas kerja kerastangan aku rasanya ada kat kampung nih


24)What are you thinking about right now?
camner nak wat kira2 quotation nih.


25)Your car??.
takde tolong jawabkan hehehe


26)Your kitchen??.
Ada dapur, ada peti sejuk, ada mesin basuh, ada rak pinggan, ada almari pinggan, ada meja makan bla bla bla


27)Your favourite colour??
Pink


28)Last time you laughed??
Tadi


29)Last time you cried??
Tadi gak


30)Love??
Full of Love semoga sampai tertutup mata


31)Who wants to share their ONE'S?How about?.
Nak kongsi amenda? Suami? No No No. Klu nak tengok langit runtuh jangan berani2 hahahaha

Monday, March 8, 2010

Kenapa Penyususan Susu Ibu Amat Digalakkan

Sebenarnya info ini saya kongsi di FB saya. Dengan harapan dapat membuka pintu hati teman2 sekalian. Bukan mahu mendabik dada tetapi cuma mahu berkongsi tanpa sedaya upaya tidak mengecilkan hati mana2 pihak. sebelum ku publish info itu, ku buat kaunter pertanyaan pendapat. feedback negatif terutama daripada kaum adam. Oleh sebab feedback positif melebihi feedback negatif jadi ku teruskan jua. Kita takkan pernah dapat memenuhi kehendak semua orang kan Cuma info bukan mahu menuding jari aku betul atau kamu salah. Tidak sesekali.

BF; Kenapa Penyusuan Susu Ibu amat Digalakkan

1) Hak Anak
2) Sunnah
3) Benteng utama terhadap penyakit terutama di awal kelahiran (insyaAllah akan diterangkan kepentingan 1 jam pertama Susu Ibu)
4) Perut bayi yang baru lahir sebesar guli, hanya susu ibu yang sesuai
5) Mengeratkan kasih sayang keluarga (skin to skin contact).
6) Mempercepatkan pengeringan darah nifas
7) Menjarakkan kehamilan-6bln pertama. ada yang tak sampai 6bln atau lebih 6bln wallahualam
8) Mengembalikan bentuk badan si ibu
9) Susu Ibu adalah 'food of love', perkongsian ibu dan anak yang berterusan
10) Saat2 penyusuan yang hanya dirasai beberapa tahun sahaja - tidak sepanjang hayat cuma kenangan sepanjang hayat

** hobi sekarang bergambar ngan adik ngah dengan macam2 posisi **

Semoga perkongsian yang bermanfaat