Kengkawan Saya

Wednesday, December 30, 2009

Maisarah dan CD

Kawanan CD dari 3 brand yang berbeza Lunatots, Crazy Momy, Coolababy, Babyland. Nampaknya Babyland adalah small cutting berbanding brand lain. Sejujurnya ku ada cuma 1pc untuk Lunatots & Crazy Momy. Ku suka semua brand yang ku ada.

Crazy Momy Innernya adalah Suede, ku lagi prefer fleece sebab lebih lembut.

Lunatots saiz ku kira XS, S, M & L. Kenapa begini? Sebab Sarah pakai brand lain semua dilaraskan ke saiz S. Bila ku laraskan CD Lunatots kepada paling kecil ianya menjadi sangat kecil dan ku kira sesuai untuk NB mungkin 2.5kg - 3kg. Jadi ku laras ke butang kedua dan ianya fit untuk Sarah.


Semua CD2 ini meninggalkan bekas di peha Sarah (bukan kesan kekal). Tapi selagi Sarah tak menangis bermaksud ianya tidak menyakitkan, jadi 'no big deal' Ada apa2 brand CD yang tidak meninggalkan kesan di peha?

Ku lebih prefer Button sebab takut bila sarah dah pandai bukak2 nanti dia dok main Velcro tu hehe

Penyerapan insert semua ok buat masa ini. Ku cuma ada microfiber, mungkin perlu cuba bamboo juga. Hmm hmmm...


Koleksi Cd ku sekarang 18pcs. Cukup untuk basuh 3 hari sekali/selang sehari. Tapi lebih banyak CD lebih lambat lusuh kan. Nanti ku belek2 poket masih adakah baki untuk menambah CDencem

Walau apa pilihan anda, pastikan anak dan ibu bapa gembira dan selesalove

2 comments:

  1. berapanya umur cik sarah kita ni... So kiranya mula pakai CD sejak lahir? Tahniah kerana berjaya memakaikan CD jenis one size kepada baby newborn... kalau baby kecik, memang tak muat guna One Size nih! :)

    ReplyDelete
  2. farhana; skang sarah 3.5 bulan. masa lahir saiz dier 2.8kg n boleh pakai one size CD. sebab mungkin bb nb dia x banyak bergerak jadik CD tu terletak elok jer kat bum bum dia. rasanya kalau 2.5kg kene cari nb saiz tu atau pakai lunatots n laraskan k saiz plg kecil tu ok rasanya.

    ReplyDelete