Kengkawan Saya

Tuesday, January 5, 2010

Tips Apa Perlu di bawa untuk susu Ibu di Pejabat

Cerita pengurusan susu ibu di pejabat. N3 ini juga khas buat temanku yang juga berjinak2 dengan BF. Dia nak masuk keje minggu depan. Jadi semua N3 penting mesti siap cepat. Sebenarnya ku seronok sangat sebab bertambah lagi BF mommies. Siapa kata blog membuang masa. Ini buktinya; menambah kenalan serta menambah natural parenting mommies.

Apa perlu bawa ke pejabat yer..

1) Pam Susu yang bersesuaian dengan anda serta efektif. kenapa efektif? Sebab masa amat penting untuk ibu yang bekerjaya ini. Amat dicadangkan untuk pam kedua2 belah serentak (dual pumping). Jimat masa dan bos pun tak bising.

2) Botol2 susu. cadangan BPA free. Berapa biji perlu bawa? 6 biji adalah sangat dicadangkan untuk 3 kali sesi pengepaman.

3) Cooler Bag. Untuk menyimpan susu2 di pejabat dan semasa membawa pulang. Cooler bag bertujuan untuk mengurangkan masalah perubahan suhu susu. Harus digandingkan bersama-sama Ice pack / techni ice / ais batu
Contoh; Pam Susu, Botol2 dan Cooler Bag

4) Ice pack. Untuk menjamin suhu susu anda. Jika anda mempunyai khidmat peti ais di pejabat, gunakanlah. Jika perjalanan dari pejabat ke rumah jauh juga amat diperlukan ice pack nih

Aksesori Tambahan

1) Bakul untuk jemur botol dan corong

2) Berus botol dan corong

3) Bekas simpan corong. Kalau pejabat kengkawan ada peti ais (di bahagian biasa) boleh simpan corong2 itu di dalam peti ais. Tak perlu basuh. Dah sampai kat rumah baru basuh. Jimat masa4) Kertas label dan Pen. Khas untuk labelkan tarikh susu yang diperah seperti ini. Gunakan masa yang mula2 kengkawan perah. contohnya perah dari pukul 9am sampai 9.20am. Gunakan masa permulaan iaitu jam 9am. Harga kertas berpelekat ini hanya RM1.20

Contoh ; cara ku label kan susu

5) Sapu tangan / kain yang bersih. Bertujuan untuk mengelap / mengeringkan apa2 yang perlu. 'twin B', botol2, corong2 dan yang sewaktu dengannya



loveHappy breastfeeding mommieslove
starNo sweatstar

No comments:

Post a Comment