Kengkawan Saya

Wednesday, January 6, 2010

Tips Barangan Bayi ke Pengasuh

Sekadar Berkongsi. Tertakluk kepada keperluan bayi/anak anda

1) Beg yang selesa. Tak perlu mahal tapi selesa. Dicadangkan mengasingkan beg untuk setiap anak jika mempunyai lebih dari seorang anak

2) Pakaian yang mencukupi. Anggaran ku ialah; 2 pasang pakaian siang, sepasang pakaian malam, sepasang stoking (untuk bayi). Pakaian malam diperlukan, manalah tahu kengkawan terpaksa balik lewat

3) Tuala mandi dan kain bersih. Tuala Mandi ditukar selepas 2 hari. Maksudnya hari ke3 perlu dihantar tuala yang baru. Ku selalu kasi lampin tradisional tu untuk lap2 apa yang patut kat anak. Dua2 anakku ada tuala & kain masing2
4) Lampin yang mencukupi. Ku bawa 3-4 keping CD yang sedia dipakai

5) Wetbag dan beg plastik. Khas untuk simpan CD2 dan pakaian yang kotor. Balik terus sumbat WM
6) Alat dandan anak. Ku hanya guna krim luam rampin (tidak digunakan setiap kali, jika rasa perlu sahaj), minyak panas untuk sapu pada bayi, pacifier. Bf mommies biasa tak suka pacifier nih tapi ku ajar sebab pengasuh anak2 ku memang ajar bebudak ber'puting' jadi baik ku ajar dulu. Sarah cuma nak tidur aja puting. dah nyenyak dia keluarkan. Habib pun sekejap jer pastu dah taknak sebab dia rasa geli sendiri. hehehe

7) Mandian. Aku suka guna head to toe. Tak payah beli banyak2 satu dah cukup. Tapi tetap tertakluk pada kesesuaian anak kengkawan. Yang nih biasa ditinggalkan kat umah pengasuh

8) Susu / EBM. Susu / EBM yang mencukupi. Biar lebih jangan kurang. biasanya EBM yang lebih kutinggal dalam peti ais di rumah pengasuh sebab pengasuh senang hati begitu. Cuma ku pantau tarikh EBM yang tinggal itu takut ter'expired'. EBM yang ku tinggal bukan yang frozen yer.

9) Puting susu. Puting amat memaikan peranan untuk anak yang BF. Ku juga menghadapi masalah semasa nak ajar Sarah guna EBM. Puting disarankan NUK, MAM dan ada beberapa jenis lagi lupa lah plak brand nya. Harganya pun boleh tahan. Sebab puting2 nih ditiru seakan2 puting sebenar. Nasib Sarah nak puting nih. Masa tu ku dah gelabah cepat2 sms kan BF mommies yang lain. Mereka amat membantu. Kebetualan kat 'Manjaku' cuma ada NUK dan Sarah boleh terima alhamdulillah. Guna yang biasa dia tak mahu. Akoo dah sedih dan nak nangis masa guna botol tu, rasa macam anak terpisah dariku. huhu ku sangat emosional............ Bayangkanlah masa Habib dah tak mau my 'Twin B' dan BM ku memang dah nangis beria2. Sedih........

pst : sharing is caring

2 comments:

  1. wawawa..xde kojo npk..always update aaa

    ReplyDelete
  2. keje manyak... tp semangat nih bler orang tanya.. sharing is caring wakaka

    ReplyDelete