Kengkawan Saya

Tuesday, January 5, 2010

Tips Pengasuh Anak dan Cloth Diaper (CD) khas untuk pengguna One Size Pocket Diaper

Jom ku kongsi tips menghantar CD kepada pengasuh. N3 nih khas untuk kawanku yang sangat berminat ngan CD. Caiyokkk

Cd mesti dalam keadaan sedia dipakai terus. Supaya pengasuh rasa sama ajer dengan disposable diaper (DD)
contoh cd yang sedia diguna terus

1) Insert mesti sudah dimasukkan secara elok ke dalam pocket jika anda menggunakan jenis pocket. (Jenis pocket diaper)

Untuk penggunaan siang cukup dimasukkan cuma 1 insert

2) Laraskan button saiz ke saiz yang sesuai untuk anak anda (Jenis One Size)

3) Sediakan Cd yang mencukupi, 3-4 keping berserta insertnya

contoh CD stash yang sedia diguna. Sila ambil 3-4 keping untuk bekalan kepada pengasuh

4) Pastikan CD terletak elok di bontot anak. Tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Ngam2. Sebab kalau tak betul pakai pun boleh sebab kan CD bocor

5) Sediakan wetbag atau beg plastik, cadangan jenis berzip supaya bau CD2 kotor itu tak jalan2 ke sana ke mari hehe

6) Untuk CD yang kena pee2 anak ; beritahu pengasuh untuk terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik

7) Untuk CD yang kena poo2 anak ; beritahu pengasuh untuk buang poo2 ke dalam tandas. caranya semburkan paip air kepada poo2 tu. Beritahu pengasuh x perlu basuh, lepas dah buang najis tu terus masukkan dalam wetbag atau beg plastik. Tapi kalau pengasuh cerewet sangat, minta dia terus letakkan CD di dalam plastik kemudian letakkan ke dalam wetbag yang berzip itu. Untuk elakkan bau yang kurang menyenangkan

8) Bila CD perlu ditukar? Sama saja konsep dengan pakai lampin pakai buang (DD)
ros Jika anak tidak kuat kencing, 4 jam sekali, kalau agak kuat mungkin 2 jam sekali. Sila pantau kekerapan anak anda kencing sebelum hantar kepada pengasuh
ros Apabila sahaja anda rasa lembap pada CD maknanya air kencing dah penuh jadi tukarlah segera
ros Jika anak anda poo2 terus tukar kepada CD yang baru

Ianya tak leceh sebenarnya. Konsep yang sama dengan DD cuma DD dibuang dan CD disimpan untuk dibasuh. Selamat alam sekitar. Selamat ber CD

2 comments:

  1. Tips yang amat praktikal! Saya nak tahu betul pengalaman pakai CD kat daycare/tadika ni lagi...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah akan di update sedikit demi sedikit

    ReplyDelete