Kengkawan Saya

Monday, March 1, 2010

Berhenti Minum Susu


Seperti yang anda2 sekalian tahu sesiapa yang telah mengikuti blog ku ini sejak mula terutamanya pasti tahu Habibullah aka abang long not fully breastfeed. Maka susu formula menjadi bekalan. Sekarang sudah berusia 4 tahun. Lebih kurang sebulan yang lalu kami mengambil keputusan untuk memberhentikan Habib daripada mengambil formula. Sebabnya. Dalam Islam pun ada cakap penyusuan sampai dua tahun sahaja kan, jadi kami berpendapat tiada salahnya memberhentikan formula nya. Formula ya bukan susu secara total. Salah satu sebab lain juga bila Habib mengambil formula dia kurang makan nasi dan yang sewaktu dengannya. Selepas berhenti nampaknya sekarang Habib beransur2 lebih menikmati makanannya. Sebab usia begini lebih baik mengajar nya menikmati dan mendapatkan khasiat daripada pemakanan yang lain. Tetapi kami memberi Habib minum sumber tenusu yang lain seperti susu segar dan susu berperisa yang lain., soya, yogurt juga. Cuba juga memujuk Habib minum EBM ku at least sekali sehari tapi nampaknya dia menolak. Takperlah Habib yang penting Habib makan, minum, bermain dan berfikir dengan baik.

Sekali lagi ini pendapat kami ya, memberhentikan formula bukanlah menyebabkan anak2 kurang zat kerana pada usia ini sepatutnya anak2 diajar untuk menikmati dan mendapatkan sumber yang diperlukan dari cara yang lain. Dan sekali lagi itu adalah susu yang telah diformulasi.

pst: ini hanya aplikasi peribadi kami kepada anak2. peace no war. alangkah indah dan sangat berbesar hati jika Habib mahu susu ku ini



No comments:

Post a Comment