Kengkawan Saya

Wednesday, March 3, 2010

Engko Dapat Banyak Mana Susu

Persoalan ini telah terjadi jua padaku akhirnya sebelum nih aku pun pernah tanya orang lain tentang ini. Dengan niat nak mintak petua heheheh

Soalan "engko dapat banyak mana susu?" or "banyak tak susu engko perah?" or "sekali perah engko dapat berapa oz?" adalah soalan biasa terutamanya jika di persekitaran anda mengepam ada orang lain atau dengan kata lain 'another pumper'. Persoalan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi psikologi anda. Yalah kan, nak2 klu output kita lagi ciput ya kan.
Sebenarnya, berapa banyak yang kita perah, itulah rezeki untuk anak / anak2 kita. InsyaAllah cukup untuk mereka. Kerana apabila anak bf dengan kita dan dibandingkan dengan output hasil perahan kita adalah berbeza. Jangan bimbang kalau hasil kita kurang daripada si 'dia'. Kerana bila kita bimbang, tekanan akan berlaku dan bila kita tertekan output kita akan semakin berkurangan. Lebih baik kita mengambil jalan tengah "apa yang aku dapat hari ini insyaAllah cukup untuk anak". Tapi kalau output anda betul2 sikit daripada biasa bukan sikit berbanding si 'dia' anda perlulah mengambil langkah drastik. Tarik nafas, tenangkan diri dan tambah masa mengepam, agar dapat memenuhi keperluan anak. Susu ibu adalah tentang kasih sayang, apa sahaja untuk anak kan?


pst; Tadi 'dia' tanya aku. Aku menjawab dengan begitu jujur ;)

No comments:

Post a Comment