Kengkawan Saya

Saturday, March 27, 2010

Cerita Negatif Tentang Penyusuan Sepanjang 6 Bulan Ini

Antara cakap2 dan cerita2 negatif yang telah ku hadapi sepanjang 6 bulan ini

1) Anak yang minum susu ibu kenyang lebih lama
susu ibu mudah hadam. jadi bayi akan cepat minta susu lagi. tak percaya; bayi susu ibu lebih kerap poo2.

2) Anak tak lena tidur minum susu ibu
sekali lagi susu ibu kan mudah hadam. rasanya ini kes mak bapak nak tidur sedap malam nih. hehehe. bayi kan suka 'bergayut' sambil dipeluk ibunya, apalagi inilah masanya memberi 'all out'

3) Bagilah anak tu minum air. Kita sendiri pun haus panas2 nih. Dia tak pandai cakap nak air bagilah
adoiyaiiii susu ibu tu dah cukup kandungan air untuk menghilangkan dahaga bayi. bukankah susu ibu adalah makanan dan minuman aing sempurna untuk bayi.. hehe. sebenarnya ku diam saja sambil berdoa janganlah sumbat anak akoo ngan air. dia belum 6 bulan.

4) Mahallah pam susu
terpulang kepada masing2 mahu yang macam mana. bagiku biarlah efektif dan tahan lama dan mnyelesakan kita memakainya serta sesuai dengan ketebalan poket kita. Sekarang kan banyak skim kutu dan skim ansuran, apalagi joinlah. buatlah pesediaan dari awal. seeloknya dari terimister ke3 kandungan dah boleh mula kan... sebaiknya juga cuba dahulu di butik bayi yang menawarkan perkhidmatan percubaan ini kan. Cuba buat kira2, silap haribulan pam susu lagi murah dari beli susu tin tiap2 bulan yang belum tentu tahap zat dan kebersihan susu itu.

5) Akak dalam hospital lagi sembunyi2 bapak dia bawak botol susu sumbat dalam mulut anak. Susah nak kerja bagi susu badan.
Ini lagi masalah. belum apa2 dah mengalah sebelum mencuba. ku diamkan aja. Bak kata Farah Sarakids ada masanya diam itu lebih baik

6) Keluarga aku langsung tak menyokong aku nak susukan anak
Carilah teman yang menyokong kalau semua ahli keluarga tidak menyokong. Sokongan orang sekeliling akan menguatkan semangat kita. Kaunselor laktasi kat Malaysia ini majoriti sangat friendly. dapatkan nasihat mereka.

Inilah antara perkara2 negatif yang aku temui. Ada lagi rasanya tapi aku tak ingat. Tapi kebanyakannya aku lebih suka diam. Sebab kang marah lak diaorang kan. Tapi aku ada sorang kawan yang aku masih belum putus asa berdakwah tentang susu ibu. Hanya Allah dan masa yang menentukan. Aku mengambil kata2 Suraya Lunatot "Anak Kita, Effort Kita"

4 comments:

  1. salam kak... saya ni S.R akak.. hehe..
    saya suka baca blog akak.. byk info pasal susu ibu... betul akak cakap.. masih ramai ibu2 kt luar tu.. xnak menyusu ank kan.. saya pn mase mula2.. MIL saya selalu ckp time hubby saya jaga baby nmpk susah.. kene rendam2 susu n mcm.. tapi hubby n family saya byk bg sokongan kt saya..D
    sbnarnye akak.. mcm2 alasan yg saya sndiri prnah dngar:
    - susah nk tngal ank..
    - ank tak nak susu badan..
    - ank tak kenyang & macam2..

    huhu...

    ReplyDelete
  2. Salam Izyan.. ada rerupanya SR kt blog neh.. hehe tak sangka heheh... betul2 apa yg izyan tulis tu poon betul. nak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. semoga lebih ramai ibu yang gigih untuk menyusu bayi mereka kan...

    ReplyDelete
  3. Secara jujur sy bknlh sgt fanatik dgn bf. Alasan, sy blh bg byk alasan (yg mcm logik). Cuma proses full bf utk anak daraku (2nd bb) 'mungkin' brjaya (now dh 1thn) krn dia sndiri sgt2 menolak botol susu (sekalipn susu perah). I got no choice at all. Walaupn sy tak bkerja, namun utk 'brsama' bb sejak lahir siang mlm smpi skrg tanpa brpisah wlu sekejap sgt2 lh memenatkn jiwa & fizikal. Ku rindu: ms yg tenang tanpa sedikit pn kena 'alert' dgn anak. Ku rindu: Beriktikaf di masjid/surau. Ku rindu: Tidur yg lena tanpa sakit blkg. Ku rindu ms sendiri ku (berak dgn selesa, shampoo rambut best2, picit2 jerawat, tgk movie smpi habis dll). Namun, ku tiada pilihan krn bb ku memilih utk direct bf shj. Semua stok bm jg sudah ku buang krn expired tnpa sedar. Yg mnjadi ubat jiwa ku hari ini ialah gelak tawa apabila dia brmain dgn abgnya (3thn-FM). FYI, my nipple & areola got skin disease (eczema) sehingga melecet dn gatal yg amat sejak bb bf lg. Doctor hanya bleh bg cream (yg perlu dibasuh setiapkali nk bf). Pedihnya.. sgt menikam air mata. Bila gatal brtandang, ku boleh tergaru2 smpi luka. Namun semua hanya masalah utk ku, ku rela. Tp baru2 ini bb ku cucuk MMR n timbang (last timbang 6 bln lps: masih ok), beratnya betul2 dlm line kuning. Hati ku sgt risau. Adakah krn sejak 2 menjak ni ku 'mls' bgn mlm2 minum air mnyebabkn susu kurang? Selama ini pn susuku tk penah melimpah2.. dulu, pam pn paling byk dpt 3oz shj utk 1x pam. Tu kira byk tu.(ku kena minum air tnpa henti; kencing jg byk le). Bila tgk bb ku berak n aktif, ku yakin susu ku cukup! Tp bila dh tgk muka nurse susah hati, ku jg jd 1000x susah hati. Masalah susu or mknn? Jwpn logik ku: makanan. Sbb b4 6 month ok kan.. Maknanya solid food dia la.. Advice utk give her more fat (oils n cheese). At da same time ku kene cakna balik bab soya, fenugreek dn horlicks, also longan n kurma! Wah, mcm tulis post plak panjangnya! Sory puan punya.. hanya visit pastu tah excited trlebih.

    ReplyDelete
  4. salam Neyhan, saya suka baca komen panjang2 hehehe. Setiap orang memang mempunyai cerita BF mereka yang tersendiri. Sejak ada anak sememangnya space untuk kita sangat berkurangan. memang saya tak nafikan. Tapi saya selalu fikir positif. Saya berkata pada diri saya "tempoh untuk saya bersama meraka (anak2) tidak lama cuma beberapa tahun. Satu hari saya perlu lepaskan mereka. mungkin saya akan sangat merindui masa2 itu. Jadi, saya perlu cuba mengisi beberapa tahun itu dengan sebaik2nya." Semoga neyhan dan saya sama2 kuat mengharungi hari2 bergelar ibu ya neyhan :)

    ReplyDelete