Kengkawan Saya

Monday, August 16, 2010

KERAS HATI


Keras Hati untuk saya sangat perlu dalam dunia susu ibu. Kenapa ya????? Banyak situasi yang memerlukan KERAS HATI ini

contoh 1
dia = kesian budak tu haus. Panas ni.... bagilah air masak. kita pun haus dia lagilah... nak cakap tak pandai (ditujukan kepada bayi di bawah6 bulan)

saya = diam tidak menjawab kerana sudah dapat info dan percaya susu saya sangat cukup menghilangkan dahaga si anak.

contoh 2
dia = cukup ke susu tu? esok keje camner? susah klu susu badan nih. nak pisah ngan anak

saya = insyaAllah cukup sebab kene perah elok2 simpan dalam peti ais boleh tahan lama

contoh 3
dia = lecehlah nak perah2. bancuh lagi senang

saya = ini aja yang termampu saya bagi. nak bagi kemewahan takde (dalam hati ohhhhh inilah makanan kasih sayang yang tak boleh dibeli di pasaraya ;) )

contoh 4
dia = anak awak tak cukup berat nih. kene bagi susu formula

saya = saya yakin susu saya yang terbaik yang dicipta khas untuk si anak dan mindanya ;)

Ada banyak lagi sebenarnya contoh2 yang perlu keras hati. Di atas cuma sebahagian sahaja. Kadang-kadang tak semua kata2/halangan daripada mereka perlu kita tangkis secara terus. Kadang2 perlu berkias, berlembut atau cukup dengan senyum sahaja. Pastikan kita sudah mendapat ilmu yang cukup untuk tahu kebenaran kita. Pendek kata perlu berhemah kan?

Selamat menyusu buat semua ibu dan bakal ibu :)

4 comments:

  1. seronok baca u punya experience menyusu exclusive ni.berkobar2 sy nak ikut.harap2,utk second baby,berjaya mcm u jugak kan..u are my inspiration tau... :)

    ReplyDelete
  2. salam anis... sebab masih setia jenguk2 belog nih hehehe.... insyaAllah saya isikan lagi pengisisan untuk susu ibu nih....... Semoga berjaya anis... teruskan keras hati hehehe

    ReplyDelete
  3. pernah dengar ada makcik tu tanya soalan pedih kat sorang kakak yang tgh memerah kat surau..

    "sikitnya susu"

    pergh..saya yang dengar pun sakit hati..tapi akak tu senyum je..heee

    ReplyDelete
  4. queen; memang tu la plg letih org banding2kan susu akak pun penah kene.... tu kene keras hati tu

    ReplyDelete