1) Anak yang minum susu ibu kenyang lebih lama
susu ibu mudah hadam. jadi bayi akan cepat minta susu lagi. tak percaya; bayi susu ibu lebih kerap poo2.
2) Anak tak lena tidur minum susu ibu
sekali lagi susu ibu kan mudah hadam. rasanya ini kes mak bapak nak tidur sedap malam nih. hehehe. bayi kan suka 'bergayut' sambil dipeluk ibunya, apalagi inilah masanya memberi 'all out'
3) Bagilah anak tu minum air. Kita sendiri pun haus panas2 nih. Dia tak pandai cakap nak air bagilah
adoiyaiiii susu ibu tu dah cukup kandungan air untuk menghilangkan dahaga bayi. bukankah susu ibu adalah makanan dan minuman aing sempurna untuk bayi.. hehe. sebenarnya ku diam saja sambil berdoa janganlah sumbat anak akoo ngan air. dia belum 6 bulan.
4) Mahallah pam susu
terpulang kepada masing2 mahu yang macam mana. bagiku biarlah efektif dan tahan lama dan mnyelesakan kita memakainya serta sesuai dengan ketebalan poket kita. Sekarang kan banyak skim kutu dan skim ansuran, apalagi joinlah. buatlah pesediaan dari awal. seeloknya dari terimister ke3 kandungan dah boleh mula kan... sebaiknya juga cuba dahulu di butik bayi yang menawarkan perkhidmatan percubaan ini kan. Cuba buat kira2, silap haribulan pam susu lagi murah dari beli susu tin tiap2 bulan yang belum tentu tahap zat dan kebersihan susu itu.
5) Akak dalam hospital lagi sembunyi2 bapak dia bawak botol susu sumbat dalam mulut anak. Susah nak kerja bagi susu badan.
Ini lagi masalah. belum apa2 dah mengalah sebelum mencuba. ku diamkan aja. Bak kata Farah Sarakids ada masanya diam itu lebih baik
6) Keluarga aku langsung tak menyokong aku nak susukan anak
Carilah teman yang menyokong kalau semua ahli keluarga tidak menyokong. Sokongan orang sekeliling akan menguatkan semangat kita. Kaunselor laktasi kat Malaysia ini majoriti sangat friendly. dapatkan nasihat mereka.
Inilah antara perkara2 negatif yang aku temui. Ada lagi rasanya tapi aku tak ingat. Tapi kebanyakannya aku lebih suka diam. Sebab kang marah lak diaorang kan. Tapi aku ada sorang kawan yang aku masih belum putus asa berdakwah tentang susu ibu. Hanya Allah dan masa yang menentukan. Aku mengambil kata2 Suraya Lunatot "Anak Kita, Effort Kita"
